Artikel
Judi Siber Polis Rampas 73 Set Komputer
Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat IPK Negeri Sembilan merampas 73 set komputer dalam serbuan Ops Dadu Khas Mesin Perju...
Sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat IPK Negeri Sembilan merampas 73 set komputer dalam serbuan Ops Dadu Khas Mesin Perjudian di dua premis yang menjalankan per niagaan judi di sekitar bandar Seremban, Jumaat lepas.
Serbuan berasingan yang dilakukan di Seremban Jaya dan Jalan Tok Ungku, Rahang itu juga berjaya menahan tiga lelaki dan dua daripada mereka dipercayai warga Indonesia.
Turut dirampas wang tunai berjumlah RM 1,636 dipercayai hasil kutipan kegiatan haram dan rakaman CCTV premis terbabit. Kes disiasat di bawah Seksyen 4 (B) Akta Rumah Judi Terbuka yang membawa hukuman penjara tidak lebih 10 tahun dan denda RM10,000 bagi setiap unit komputer yang digunakan sebagai mesin judi.
Sumber: Akhbar Kosmo
