Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tangkapan Mercun Di Bazar Ramadan

Diterbitkan: 16 Jun 2014 1.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Tangkapan telah dibuat keatas seorang peniaga lelaki melayu dan merampas kesemua mercun seperti mercun katak, dan mercun meriam yang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tangkapan-mercun-di-bazar-ramadan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:58 MYT

Ampang - 24 Ogos 2010. Cawangan Pencegahan Jenayah Balai Polis Ampang diketuai oleh C/Insp Norazman bin Zakaria telah membuat pemantauan penjualan bunga api di bazar - bazar ramadan sekitar Ampang berhubung perlanggaran syarat oleh pemilik lesen bunga api yang dikeluarkan dengan menjual mercun-mercun yang dilarang.

Lebih kurang jam 7 petang, pasukan ini telah mengesan seorang pemilik lesen bunga api di bazar ramadan, Pasar Muhibbah Taman Nirwana yang telah menjual mercun terlarang yang mana telah menjejaskan perjanjian syarat terhadap permit yang dikeluarkan.

Tangkapan telah dibuat keatas seorang peniaga lelaki melayu dan merampas kesemua mercun seperti mercun katak, dan mercun meriam yang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Peniaga tersebut telah ditahan untuk siasatan dibawah Seksyen 8 , Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun atau denda sehingga RM 10,000 atau kedua-duanya sekali
.


Tangkapan Mercun Di Bazar Ramadan
Sidang Media oleh ACP Abdul Jalil Hasan, Ketua Polis Daerah Ampang

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 1.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM