Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Kedah Tahan Dua Lelaki Rampas Mercun Bernilai Rm20 00

Diterbitkan: 16 Jun 2014 1.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Polis Kedah menahan dua lelaki yang disyaki memiliki serta menjual mercun dan bunga api dalam dua operasi yang dijalankan di Kodiang, Changlun dan di Tikam Batu, dekat..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-kedah-tahan-dua-lelaki-rampas-mercun-bernilai-rm20-00
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:47 MYT

ALOR SETAR, 24 Ogos (Bernama) -- Polis Kedah menahan dua lelaki yang disyaki memiliki serta menjual mercun dan bunga api dalam dua operasi yang dijalankan di Kodiang, Changlun dan di Tikam Batu, dekat Sungai Petani Isnin.

Menerusi kedua-dua operasi tersebut polis turut merampas mercun dan bunga api dengan nilai keseluruhan kira-kira RM20,000.

Dalam kes di Kodiang, mercun dan bunga api itu ditemui sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri yang menyerbu sebuah rumah bagi operasi dadah.

Ketua Polis negeri Datuk Syed Ismail Syed Azizan memberitahu pemberita di sini Selasa, seorang lelaki berusia 29 tahun dan bekerja sebagai pemandu teksi ditahan dalam operasi pukul 5 petang itu.

Mercun dan bunga api tersebut yang bernilai kira-kira RM10,000 ditemui dalam enam guni di sebuah stor di belakang rumah lelaki itu yang mempunyai dua rekod kesalahan dadah, katanya.

Sementara itu di SUNGAI PETANI, Ketua Polis Kuala Muda ACP Hashim Ali berkata pihaknya menahan seorang lelaki berusia 22 tahun dalam serbuan di sebuah pasar tani di Tikam Batu kerana menjual mercun dan bunga api secara terbuka.

Hasil operasi kira-kira pukul 11 pagi itu, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Kampung Paya, Kota Kuala Muda, katanya.

"Polis menjumpai sebahagian besar kotak yang sarat berisi mercun dan bunga api berbahaya yang dianggarkan bernilai RM10,000 di sebuah bilik stor di bahagian atas rumah tersebut," katanya pada satu sidang media hari ini.

Beliau berkata lelaki yang bekerja sebagai nelayan itu dipercayai telah menjual bahan larangan tersebut secara terbuka sepanjang bulan Ramadan ini.

Suspek yang baru melangsungkan perkahwinan tiga bulan lepas juga dipercayai menjadi ejen kecil-kecilan di daerah ini, katanya.

Hashim berkata mercun dan bunga api itu dipercayai diseludup masuk dari negara jiran dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957, yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tujuh tahun dan denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

ArtikelDiterbitkan 16 Jun 2014 1.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM