Tan Sri Khalid Hadir Majlis Kesyukuran Pdrm
TAN SRI KHALID HADIR MAJLIS KESYUKURAN PDRM
Kuala Lumpur, 3 September 2017 - Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar bersama lebih kurang 1,000 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) menghadiri Majlis Tahlil Kesyukuran untuk beliau di Masjid Bukit Aman, dekat sini, petang tadi.
Tan Sri Khalid tiba jam 6.45 petang bersama isteri beliau, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim ke majlis yang dianjurkan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Bukit Aman dengan disambut sendiri oleh Pengarah JIPS Bukit Aman, CP Dato' Sri Abdul Rahim Hanafi.
Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim bersama isteri, Puan Sri Datin Sri Shahriza Saad @ Mansor, barisan Pengarah dan Timbalan Pengarah jabatan PDRM, barisan Pesuruhjaya dan Ketua Polis Negeri bersama isteri masing-masing.
Beliau kemudiannya menyertai solat Fardhu Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Imam Masjid Bukit Aman, Inspektor Riduan Zaini Al-Hafiz diikuti bacaan surah Yaasin, tahlil, doa kesyukuran dan penyampaian sumbangan bagi pihak kerajaan Malaysia kepada tabung Masjid Bukit Aman dan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia.