Majlis Ibadah Korban Masjid Bukit Aman
MAJLIS IBADAH KORBAN MASJID BUKIT AMAN
Kuala Lumpur, 3 September 2017 - Sebagai tanda menunaikan ibadah korban hari ketiga Aidiladha, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman telah menganjurkan Majlis Ibadah Korban bertempat di perkarangan Masjid Bukit Aman, di sini, pagi tadi.
Sebanyak 10 ekor lembu dan seekor kambing sumbangan bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN), warga PDRM, Jentayu Venture Sdn. Bhd. dan Aspek Tumpuan Sdn. Bhd. telah dikorbankan pada tahun ini.
Majlis ini dihadiri Timbalan Pengarah Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS), DCP Dato’ Abdul Rahim Jaafar, Ketua Penolong Pengarah JIPS (Bahagian Agama dan Kaunseling), SAC Dr. Zainal Abidin Sabtu, barisan pegawai kanan, pegawai rendah polis, pegawai awam PDRM, orang awam serta rakan media.
Sekitar Ibadah Korban