Solat Sunat Aidiladha Di Masjid Bukit Aman
SOLAT SUNAT AIDILADHA DI MASJID BUKIT AMAN
Bukit Aman, 1 September 2017- Umat Islam di seluruh negara hari ini menyambut Hari Raya Aidiladha dalam kesederhanaan dengan penuh rasa kesyukuran serta semangat pengorbanan. Di Masjid Bukit Aman, solat sunat Aidiladha pada pagi ini diserikan dengan kehadiran Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar bersama isteri beliau yang juga Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim bersama kira-kira 250 warga Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Turut hadir Solat sunat Aidiladha adalah Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Noor Rashid Ibrahim, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Dato’ Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, Pengarah Jabatan Pengurusan Dato’ Sri Abdul Ghafar Rajab, Pengarah Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi (StaRT) Dato’ Sri Abdul Manan Mhd Hassan, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), Dato’Ramli Mohamed Yoosuf dan juga pegawai kanan, anggota, pegawai awam PDRM.
Sekitar Solat Sunat Aidil Adha