Artikel
Tan Sri Datuk Seri Utama Hj Ismail Dilantik Duta Besar Malaysia Ke Republik Perancis
Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Repbublik Perancis daripa...
Teks & Gambar : S/Insp. Megat Nizar
Kuala Lumpur, 13 Sept - Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar, menerima watikah pelantikan sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Perancis daripada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. Istiadat pengurniaan watikah pelantikan itu berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur, pagi ini.
Pada istiadat itu, seramai lima orang lagi Ketua-Ketua Perwakilan Malaysia ke luar negara menerima watikah daripada Seri Paduka Baginda Tuanku Abdul Halim, iaitu Datuk Awang Sahak Awang Salleh, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei Darussalam, Dato' Salman Ahmad, Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman, Dato' Rohana Ramli, Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Encik Jilid Kuminding, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea dan Encik Raszlan Abdul Rashid, Duta Besar Malaysia ke Kemboja.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang telah memilih seterusnya melantik saya sebagai Duta Besar Malaysia ke Republik Perancis. Saya akan berusaha mempertingkat dan mengeratkan lagi hubungan kedua-dua negara yang telah sedia terjalin," ujar Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail ketika ditemui selepas istiadat itu.
Beliau ditemani isterinya Puan Sri Datin Seri Utama Hajah Suriati Haji Md. Sobri.
"Kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada saya amatlah berat, pengalaman sebagai Ketua Polis Negara akan digunakan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai Duta demi kebaikan negara Malaysia dan Perancis," kata Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail, di istiadat yang turut dihadiri oleh Dato' Sri Anifah Haji Aman, Menteri Luar Negeri.
Turut mencemar duli Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah.

sekitar istiadat pengurniaan watikah pelantikan daripada DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah...

Dato' Sri Anifah Haji Aman, Menteri Luar Negeri turut hadir...

Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar menandatangani buku pelawat..

Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail Haji Omar bersama isteri melihat watikah perlantikan yang diterima..