Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kpn Memperakukan Resolusi

Diterbitkan: 12 Jun 2014 7.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Bengkel Transformasi PDRM 2013 telah membentangkan resolusi yang telah dicapai sepanjang berlangsungnya bengkel..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kpn-memperakukan-resolusi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:31 MYT

KPN Memperakukan Resolusi …
oleh : Sjn Zaiddin bin Dahalan

Port-Dickson - 13 September.

"Walaupun PDRM telah mencapai pelbagai kejayaan dan kecemerlangan yang berpaksikan inovasi melalui Gagasan 1Malaysia, Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) dan Model Ekonomi Baru (MEB), yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020, kita perlu gandakan lagi usaha ini kerana PDRM berada di dalam era globalisasi yang pantas bergerak dan sentiasa berubah. Ini bermakna PDRM perlu sentiasa inovatif, dinamik dan perlu mengikuti arus perubahan semasa sepantas yang mungkin bagi menghadapi persekitaran yang semakin mencabar" ucap YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara ketika membaca teks ucapan Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Bengkel Transformasi PDRM 2013 'Governance Structure And Organisational Design' di Dewan Seri Menanti, Thistle Port-Dickson Resort pagi tadi.

Beliau juga berharap, semua peserta-peserta yang menyertai bengkel ini dapat melakukan satu perubahan yang mampu memberikan impak yang semaksima mungkin kepada jabatan khususnya dan keseluruhan organisasi PDRM amnya.

Di majlis penutupan ini juga, YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Bengkel Transformasi PDRM 2013 telah membentangkan resolusi yang telah dicapai sepanjang berlangsungnya bengkel. Resolusi tersebut kemudiannya telah diserahkan kepada Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin yang mewakili Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara untuk diperakukan.

Sebanyak 3 resolusi telah dicapai sepanjang Bengkel Transformasi PDRM 2013 iaitu mengesahkan rekabentuk kerja (Job Design) Ketua Polis Negara yang merangkumi semua akauntabiliti yang perlu dipenuhi oleh Polis Diraja Malaysia.

Resolusi Kedua pula, memperakukan peranan Polis Diraja Malaysia sebagai agensi peneraju yang menyumbang secara signifikan ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman, selamat dan progresif serta mendapat pengiktirafan kerajaan.

Sementara Resolusi Ketiga, Polis Diraja Malaysia mesti distrukturkan semula untuk meningkatkan keupayaan 'Service Delivery System PDRM' dengan menubuhkan Lembaga Pengarah PDRM untuk memastikan keupayaan membuat keputusan yang efektif dan efisien.

Bagi menentukan mekanisme pelaksanaan resolusi, 'Task Force' akan ditubuhkan dan diketuai sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara.

'Task Force' ini juga akan mengkaji harapan YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Dalam Negeri ketika ucapan perasmiannya pada 11 September 2013, antaranya melaksanakan 'Modern Policing' dengan mempertingkatkan motivasi warga kerja, keupayaan intelektual dan keupayaan bertindak serta mempertingkatkan perolehan aset dan peralatan yang bersesuaian dengan tanggungjawab, mewujudkan Lembaga Tabung PDRM dan menjadikan Pusat-Pusat Latihan Polis/Maktab Polis sebagai institusi pendidikan kepolisan (Universiti Polis).

Kpn Memperakukan Resolusi
Bersama-sama menyanyikan lagu Negaraku...

Kpn Memperakukan Resolusi
YDH CP Datuk Mortadza bin Nazarene, Pengarah Pengurusan merangkap Pengerusi Bengkel Transformasi PDRM 2013 membentangkan resolusi yang telah dicapai sepanjang berlangsungnya bengkel.

Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Kpn Memperakukan Resolusi
Antara peserta bengkel...

Kpn Memperakukan Resolusi
YDH Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara ketika membaca teks ucapan Ketua Polis Negara sempena Majlis Penutupan Bengkel Transformasi PDRM 2013 'Governance Structure And Organisational Design'

Kpn Memperakukan Resolusi
Memperakukan Resolusi...

Kpn Memperakukan Resolusi
Bergambar kenangan bersama Polis Wanita yang terlibat dalam bengkel.

Kpn Memperakukan Resolusi
Di belakang tabir...Urus Setia Jawatankuasa Kerja Bengkel Transformasi PDRM 2013

Kpn Memperakukan Resolusi
Bergambar kenangan...

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 7.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM