Inisiatif Nbos Kukuh Kerjasama Strategik Perangi Jenayah
Oleh : Kpl Edwind Indo
INISIATIF NBOS:KUKUH KERJASAMA STRATEGIK PERANGI JENAYAH
KUALA
LUMPUR, 14 September – Satu Majlis Pelancaran Inisiatif NBOS telah
berlansung di Stesyen Minyak Petron, Jalan Kuchai Lama, pagi tadi. Hadir
merasmikan majlis ialah YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Ketua Polis Negara.
Majlis
perasmian Inisiatif NBOS ini merangkumi tiga elemen iaitu 'Go To Safety
Points' Bersama Petron, Amanita dan Plain Clothes Police Patrol.
Kempen
1Aman 'Go To Safety Points' bersama Petron merupakan satu alternatif
yang disediakan kepada masyarakat untuk mendapatkan tempat perlindungan
atau maklumat untuk disalurkan kepada pihak polis seperti 7 Eleven dan
Pos Malaysia sebelum ini.
Inisiatif
AMANITA merupakan suatu usaha untuk menerapkan kesedaran tentang
peranan yang boleh dimainkan oleh suri rumah untuk mencegah jenayah
sekitar kediaman jiran. Para AMANITA ini akan turun ke padang bertemu
dan berkenalan dengan suri rumahtangga bagi membina perhubungan dan
kepercayaan mereka terhadap pihak polis. Para suri rumahtangga akan
didedahkan pelbagai aktiviti-aktiviti sosial seperti sesi ceramah,
dialog dan sebagainya.
Manakala
inisiatif yang ketiga iaitu "Plain Clothes Police Patrol" pula akan
menempatkan anggota rondaan berpakaian preman di lokasi-lokasi ‘hot
spot’ jenayah. Anggota-anggota ini akan sentiasa melaporkan kepada Pusat
Kawalan Daerah (DCC) tentang lokasi mereka serta laporan pemantauan
yang dilakukan. Kemudiannya bantuan daripada anggota beruniform akan
dipanggil sekiranya terdapat perlakuan jenayah sementara mereka membuat
pemerhatian. Ideanya adalah bertujuan untuk mencegah para pelaku jenayah
daripada melakukan jenayah, di mana penjenayah ini akan berasa was-was
untuk melakukan jenayah kerana mereka merasakan bahawa pihak polis
sentiasa memerhatikan mereka.
Kempen
ini dilihat menerapkan nilai-nilai pembudayaan pencegahan jenayah
sebagai satu elemen amalan hidup rakyat Malaysia sekaligus dapat memberi
kesedaran kepada masyarakat akan tanggungjawab mereka untuk
bersama-sama dengan pihak polis dalam membanteras jenayah.
"Kepada
pihak Petron Malaysia, saya ucapkan terima kasih kerana sudi
bersama-sama PDRM sebagai antara syarikat yang menyertai kempen ini.
Bersama-samalah kita terus memanggil kepada masyarakat Malaysia
seluruhnya, termasuklah agensi-agensi swasta yang lain; marilah kita
bersama-sama merealisasikannya, agar keamanan dan kesejahteraan negara
ini terus terjamin melalui rangkaian kolaborasi antara Kerajaan,
penjawat awam, agensi swasta dan rakyat", ujar YDH Tan Sri Dato’ Sri
Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara mengakhiri ucapan perasmian
beliau.
Antara
yang hadir YDH Dato' Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan
Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam, YDH Dato' Seri Mohamad
Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Anti Pengganas, YDH Dato' Wira Ayub bin
Yaakob
Pengarah Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah, Puan Faridah binti Ali, Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia.
Turut
hadir YDH Pengarah-Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Polis Diraja
Malaysia, YDH Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur, Agensi
Kerajaan serta NGO, wakil-wakil daripada syarikat-syarikat swasta,
Ketua-ketua dan wakil-wakil persatuan penduduk dan wakil-wakil media.

Persatuan Penduduk sempat bergambar bersama Dato' Amar Singh s/o Ishar Singh sementara menanti ketibaan Ketua Polis Negara

Ahli Jawatan Kuasa Petron bergambar bersama Pegawai Kanan Polis sementara menanti ketibaan Ketua Polis Negara

Dato'
Hadi Ho bin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan
Dato’ Wira Ayub bin Yaakob, Pengarah Jabatan Pencegahan Dan
Pembanterasan Jenayah bersama Pegawai Kanan Polis menanti ketibaan Ketua
Polis Negara

Ketibaan Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara diiringi oleh Ahli Jawatan Kuasa Petron Malaysia

Dari
Kiri (depan)... Encik Jaime O Lu, Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu
Bakar, Ketua Polis Negara dan Dato' Wira Ayub bin Yaakob, Pengarah
Jabatan Pencegahan Dan Pembanterasan Jenayah

Antara yang hadir

Persembahan gimik pelancaran I

Ucapan oleh Puan Faridah binti Ali, Ketua Perniagaan Runcit Petron Malaysia

Ucapan perasmian oleh Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara

Persembahan gimik pelancaran II





Antara yang hadir


Penyampaian Cenderahati Kenangan


Para suri rumahtangga mendaftar menjadi ahli AMANITA

Ketua Polis Negara beramah-mesra dengan tetamu yang hadir

Turut mengiringi Ketua Polis Negara, Sri Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam

Menandatangani Buku Pelawat

Majlis melekatkan sticker United Against Crime pada cermin teksi

Lawatan booth pameran

Ketua Polis Negara bergambar bersama AMANITA

Mendengar penerangan daripada booth pameran Rakan Cop

Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Anti Pengganas melihat pamplet Rakan Cop

Kor Suksis Universiti Malaya bergambar kenangan bersama Ketua Polis Negara

Bergambar kenangan

Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Jabatan Anti Pengganas beramah-mesra dengan pengunjung yang hadir

Dato' Mohmad bin Salleh, Ketua Polis Kuala Lumpur beramah-mesra dengan pengunjung yang hadir
