Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman

Published: 11 Jun 2014 6.01 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Taklimat ini dihadiri oleh 40 orang Delegasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (MPAT) dan disampaikan oleh YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancam..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/taklimat-sempena-lawatan-delegasi-mpat-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:58 MYT

Bukit Aman , 20 Julai - Satu Taklimat berkenaan 'The Role And Functions Of Royal Malaysia Police In Countering Security Threat In Malaysia' telah diadakan di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini.


Seramai 40 orang Delegasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (MPAT) telah menghadiri taklimat tersebut yang disampaikan oleh YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial (E2), Cawangan Khas Bukit Aman.


isu kandungan taklimat tersebut juga banyak menyentuh isu-isu berkenaan ketenteraman awam dan senario-senario yang yang mengganggu-gugat keselamatan negara.


Terdahulu, telah berlangsung satu kunjungan hormat ke atas YDH Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) oleh Pegawai-pegawai Staf Maktab Pertahanan Angkatan Tentera di Bahagian Latihan Bukit Aman.


Antara yang hadir, Y.Bhg Kolonel Lau Ing Hiong, Timbalan Komandan MPAT, Y.Bhg Kolonel Hj. Jalaluddin bin Haji Manan, SJ Darat, Y.Bhg Kolonel Zainal bin Haji Piee, SJ Udara dan Y.Bhg Kapten Dato' Lee Kwang Lock, SJ Laut ATM.


Taklimat tersebut selesai sekitar 2 petang dan diakhiri dengan jamuan makan dan sesi fotografi.

Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Ketibaan Y.Bhg Kol. Lau Ing Hong, Timbalan Komandan MPAT bersama Pegawai-pegawai Staf MPAT.

Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Antara Delegasi MPAT yang hadir untuk mengikuti taklimat.

Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial (E2), Cawangan Khas Bukit Aman menyampaikan taklimat.

Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Delegasi MPAT tekun mendengar taklimat daripada YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin.

SEMPENA KUNJUNG HORMAT PEGAWAI STAF MPAT KE ATAS TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN (LATIHAN)
Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Y.Bhg Kol. Lau Ing Hiong menandatangani buku pelawat dan disaksikan YDH Dato' Abdul Rahim bin Hj. Hanafi.

Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Pertukaran cenderahati antara PDRM dan MPAT.

Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Sesi bergambar kenangan bersama YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial (E2), Cawangan Khas Bukit Aman.




ArticlePublished 11 Jun 2014 6.01 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM