Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peristiwa Berkenaan Perhimpunan 9 Julai Akan Dikaji Ketua Polis Negara

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.02 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan 6 pasukan (jawatankuasa) yang terdiri daripada pegawai-pegawai PDRM yang terlatih dan berpengalaman untuk melihat keseluruhan apa yang telah berlaku pada 9 Jul..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peristiwa-berkenaan-perhimpunan-9-julai-akan-dikaji-ketua-polis-negara
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 18:33 MYT

Bukit Aman, 19 Julai 2011 - "Banyak  gambar dan video berkenaan Perhimpunan Bersih 2.0 yang telah disebarkan di internet, dan tidak kesemuanya menggambarkan apa sebenarnya yang terjadi dan ditafsirkan seperti sesetengah pihak media dan blogger-bloger tertentu," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.


Sehubungan itu, beliau telah mengarahkan 6 pasukan (jawatankuasa) yang terdiri daripada pegawai-pegawai PDRM yang terlatih dan berpengalaman untuk melihat keseluruhan apa yang telah berlaku pada 9 Julai 2011, juga untuk meneliti semua gambar dan video yang telah dimuatnaik dalam internet.


Beliau turut meminta kerjasama daripada orang ramai yang memiliki bukti rakaman video dan gambar tersebut untuk diserahkan kepada pihak polis untuk dinilai, diteliti dan dikaji untuk tindakan selanjutnya.


Laporan berkenaan isu tersebut akan dikemukakan dalam masa terdekat ini, akhiri beliau.


 
Peristiwa Berkenaan Perhimpunan 9 Julai Akan Dikaji Ketua Polis Negara
 YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara semasa sidang media pada hari ini.
 
Wartawan/Jurugambar      :    L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim bin S.Nor
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.02 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM