Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan

Diterbitkan: 11 Jun 2014 5.58 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) sebelum ini, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene telah menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak dan jawatan lama beliau telah diserahkan kepada YDH P/D..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/serah-terima-tugas-timbalan-pengarah-pengurusan-latihan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:59 MYT

Bukit Aman , 15 Julai - Telah berlangsung majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) di Auditorium Tingkat 16, Menara 2, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) sebelum ini, YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene telah menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak dan jawatan lama beliau telah diserahkan kepada YDH P/DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi yang sebelum ini bertugas sebagai Ketua Polis Kontinjen Kelantan.

Majlis Serah Terima Tugas ini disaksikan YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi Counter Terrorism) PDRM.

Turut hadir, Pegawai-pegawai Kanan, Pegawai-pegawai Pangkat Rendah, pegawai-pegawai awam dan tetamu-tetamu jemputan.

Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan
YDH CP Dato' Mohamad Fuzi bin Harun menyaksikan upacara tandatangan Serah Terima Tugas di antara YDH DCP Dato' Mortadza bin Nazarene dan YDH P/DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi .

Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan
Majlis penyerahan cenderahati di antara kedua-dua pihak. 

Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan
Antara pegawai-pegawai yang turut hadir pada hari ini.


ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 5.58 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM