Taklimat Sempena Lawatan Delegasi Mpat Ke Bukit Aman
Bukit Aman , 20 Julai - Satu Taklimat berkenaan 'The Role And Functions Of Royal Malaysia Police In Countering Security Threat In Malaysia' telah diadakan di Dewan Theatrette, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada hari ini.
Seramai 40
orang Delegasi Maktab Pertahanan Angkatan Tentera Malaysia (MPAT) telah
menghadiri taklimat tersebut yang disampaikan oleh YDH SAC Datuk Mohd
Sofian bin Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman
Ekstrimis Sosial (E2), Cawangan Khas Bukit Aman.
isu
kandungan taklimat tersebut juga banyak menyentuh isu-isu berkenaan
ketenteraman awam dan senario-senario yang yang mengganggu-gugat
keselamatan negara.
Terdahulu, telah berlangsung satu
kunjungan hormat ke atas YDH Dato' Abdul Rahim bin Haji Hanafi, Timbalan
Pengarah Pengurusan (Latihan) oleh Pegawai-pegawai Staf Maktab
Pertahanan Angkatan Tentera di Bahagian Latihan Bukit Aman.
Antara
yang hadir, Y.Bhg Kolonel Lau Ing Hiong, Timbalan Komandan MPAT, Y.Bhg
Kolonel Hj. Jalaluddin bin Haji Manan, SJ Darat, Y.Bhg Kolonel Zainal
bin Haji Piee, SJ Udara dan Y.Bhg Kapten Dato' Lee Kwang Lock, SJ Laut
ATM.
Taklimat tersebut selesai sekitar 2 petang dan diakhiri dengan jamuan makan dan sesi fotografi.

Ketibaan Y.Bhg Kol. Lau Ing Hong, Timbalan Komandan MPAT bersama Pegawai-pegawai Staf MPAT.

Antara Delegasi MPAT yang hadir untuk mengikuti taklimat.

YDH
SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin, Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial (E2), Cawangan Khas Bukit Aman
menyampaikan taklimat.

Delegasi MPAT tekun mendengar taklimat daripada YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin.
SEMPENA KUNJUNG HORMAT PEGAWAI STAF MPAT KE ATAS TIMBALAN PENGARAH PENGURUSAN (LATIHAN)

Y.Bhg Kol. Lau Ing Hiong menandatangani buku pelawat dan disaksikan YDH Dato' Abdul Rahim bin Hj. Hanafi.


Pertukaran cenderahati antara PDRM dan MPAT.

Sesi
bergambar kenangan bersama YDH SAC Datuk Mohd Sofian bin Md Makinuddin,
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Ancaman Ekstrimis Sosial (E2),
Cawangan Khas Bukit Aman.