Article
Tahniah Ydh Sac Mohd Rodzi Bin Ismail Upacara Pemakaian Pangkat Komander Briged Tengah Pga
Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras, Kuala Lumpur telah mencatat lipatan sejarah baru dengan perlantikan dan seterusnya Majlis Pemakaian Pangkat Komander...
Kuala Lumpur - 10 Mei 2011
Briged Tengah, Pasukan Gerakan Am, Cheras, Kuala Lumpur telah mencatat lipatan sejarah baru dengan perlantikan dan seterusnya Majlis Pemakaian Pangkat Komander Briged Tengah yang baru, YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, pagi ini.
Majlis Pemakaian Pangkat ini dihadiri oleh YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Sempadan/Lapangan Terbang Antarabangsa), YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH Supt. Mohd Munir bin Mohd Hashim, Penolong Pengarah Gerakan (Rakan Cop/CCTV), YDH Supt. Mohd Hedzir bin Hussin, Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, YDH Supt. Hapka bin Mohd Said, Pegawai Pemerintah Batalion Khas KLIA, YDH Supt. Saiful Annuar bin Yusoff, Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, YDH Supt. Amir Hassan bin Bistamam, Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA, YDH Supt. Syed A. Bakar bin A. Majid, Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA dan Anggota-anggota PGA Briged Tengah.
Polis DiRaja Malaysia merupakan salah satu inisiatif di dalam NKRA untuk penurunan indeks jenayah dan kadar jenayah jalanan. Oleh yang demikian, transformation penugasan PGA merupakan Secondary Role (peranan Sekunder) kepada anggota-anggota PGA bagi membantu menurunkan kadar jenayah.
"Dari zaman ke zaman, masa ke semasa, kehendak rakyat adalah keadaan dan persekitaran yang selamat. Inilah yang akan mencorakkan penugasan PDRM dalam mana-mana Jabatan, sampai pada masa sekarang PGA menjalankan penugasan NKRA. Dalam melaksanakan tugas-tugas dan tanggungjawab yang telah diberikan, banyak pengorbanan untuk diri kita dan keluarga kita supaya matlamat penugasan itu tercapai", ujar YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid.
"Konsep 4P yang disarankan oleh YDH Ketua Polis Negara haruslah kita hayati sepenuhnya. Lima prinsip tugas dan fungsi utama PDRM adalah seperti yang termaktub di dalam Akta Polis 1967, Seksyen 3A. Konsep 4P yang disarankan merupakan mekanisme perlaksanaan lima prinsip tersebut mengikut zaman dan masa sekarang. Akhir kata, saya mengucapkan tahniah kepada YDH SAC Mohd Rodzi bin Ismail, Tuan-tuan dan Puan-puan khususnya kepada warga Briged Tengah PGA kerana menerima seorang komander baru. Saya berharap agari di bawah pimpinan Komander baru ini, Briged Tengah akan terus ke arah yang cemerlang", YDH Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Sempadan/LTAB) mengakhiri ucapan pada pagi ini.
Majlis diakhiri dengan pemberian Hormat Panglima oleh anggota-anggota PGA Briged Tengah, Cheras dan sesi bergambar di perkarangan Ibu Pejabat Briged Tengah PGA, Cheras.

Ketibaan YDH Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Sempadan/LTAB) disambut oleh Pegawai-pegawai Pemerintah Batalion

Pegawai Pemerintah Baris melaporkan kekuatan anggota Kawalan Kehormatan

Pemeriksaan baris oleh YDH Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Sempadan/LTAB)

Dari kiri... YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH DCP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Sempadan/Lapangan Terbang Antarabangsa) dan YDH ACP Mohd Rodzi bin Ismail, Pemangku Komander Briged Tengah PGA

Antara yang hadir...

Upacara Pemakaian Pangkat Komander Briged Tengah yang baru

Tahniah... Komander Briged Tengah yang baru...

Ucapan YDH Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Sempadan/Lapangan Terbang Antarabangsa)
Menandatangani Buku Pelawat

Komander Briged Tengah memeriksa baris

Memberi Tabik Hormat kepada Kawalan Kehormatan

Bergambar kenangan bersama YDH Timbalan Pengarah (Pasukan Gerakan Am/Sempadan/Lapangan Terbang Antarabangsa)
Wartawan/Jurufoto : L/kpl Edwind Indo