Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

256 Terima Pingat Dari Agong

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Kuala Lumpur, 10 Mei 2011 - Seramai 252 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk 4 pegawai tertinggi Royal Thai Police, dianugerah Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Siri 1/2011...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/256-terima-pingat-dari-agong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 12:34 MYT

Kuala Lumpur, 10 Mei 2011

Seramai 252 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk 4 pegawai tertinggi Royal Thai Police, dianugerah Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis Siri 1/2011.

Istiadat penganugerahan disempurnakan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur.

Turut berangkat di istiadat itu ialah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah.

Deputi Inspektor Jeneral Dato' Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, mendahului senarai dengan dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP) diikuti CP Dato' Wira Syed Ismail Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Turut dianugerahkan PGPP (Kehormat) ialah empat pegawai tertinggi Royal Thai Police iaitu Pol. Gen. Wichean Potephosree, Commissioner General of Royal Thai Police, Pol. Gen. Adul Sangsingkaew, Deputy Commissioner General of Royal Thai Police, Pol. Lt. Gen. Atitep Panjamanond, Commissioner of Narcotics Suppression Bureau dan Pol. Lt. Gen. Tritot Ronnaritivichai, Commissioner of Special Branch of Royal Thai Police.

Di antara penerima Darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP) ialah DCP Dato' Acryl Sani Hj. Abdullah Sani, SAC Dato' Ramli Hassan, ACP Amiruddin Jamaluddin, ACP Noraishah Zainuddin, ACP Mok Kai Mung, ACP Mohan Singh Tara Singh dan ACP Zainal Abu.

Manakala penerima Darjah Pahlawan Pasukan Polis (PPP), di antaranya terdiri daripada Supt. Salasiah Adnan, Supt. Lee Choon Guan, Supt. Tengku Mohd Zailan Tengku Ahmad Shah, Supt Mohamed Ali Jamaluddin, DSP Lim Ah Bah, DSP Ismail Hj. Abu, ASP Mohd Fauzi Hj. Md. Shariff dan ASP Rukumar Ragawan.

Seterusnya di antara penerima Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP), ialah P/ASP Anuar Othman, C/Insp. Balachandran Palaniandy dan C/Insp. Hj. Ghazali Yunos.

Penerima Darjah Bentara Pasukan Polis (BPP), antaranya Sub. Insp. Saadon Safi, SM Vassu Kiddo, Sjn. Mapang Medup, Sjn. Sharipah Halishah Syed Baharom, Kpl. Thomas Laga Jimbat. Kpl. Tiau Ling Hong. L/Kpl. Awang Suhaimi Awang Jali dan L/Kpl. Jamarudin Hj. Ali.

Turut hadir menyaksikan istiadat yang bersejarah itu ialah Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri bersama isteri Tengku Datin Seri Marsillah Tengku Abdullah dan Inspektor Jeneral Tan Sri Hj. Ismail Hj. Omar, Ketua Polis Negara serta isteri Puan Sri Hajah Suriati Hj. Md. Sobri.

Hadir sama Dato' Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Dato' Sri Mahmood Adam, Ketua Setiausaha (KSU), Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM).

256 Terima Pingat Dari Agong
Istiadat Penganugerahan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian Polis Tahun 2011 berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur

256 Terima Pingat Dari Agong

YDH Dato' Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara dianugerahkan Darjah Panglima Gagah Pasukan Polis (PGPP)

256 Terima Pingat Dari Agong

Police Lieutenant General Atitep Panjamanond, Commissioner Of Narcotics Suppression Bureau Royal Thai Police dianugerahkan Darjah Panglima Pasukan Polis Kehormat (PGPP)

256 Terima Pingat Dari Agong

C/Insp Haji Ghazali Yunos dianugerahkan Darjah Kesatria Pasukan Polis (KPP)

256 Terima Pingat Dari Agong
Y.Bhg Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri mengucapkan tahniah kepada para penerima pingat di Balairong Seri Istana Negara, Kuala Lumpur

256 Terima Pingat Dari Agong
Bergambar kenangan bersama Pucuk Pimpinan PDRM dan Royal Thai Police bersama Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, di akhir istiadat

256 Terima Pingat Dari Agong

Akrab... YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara bergambar bersama Police General Wichean Potephosree, Commissioner General Of Royal Thai Police

256 Terima Pingat Dari Agong
Para isteri pemimpin Pucuk Pimpinan PDRM bergambar kenangan bersama isteri-isteri Royal Thai Police

256 Terima Pingat Dari Agong
Mesra... Pemimpin PDRM dan KDN beramah-mesra selepas Majlis Istiadat Penganugerahan di Istana Negara

256 Terima Pingat Dari Agong
Kenangan... Pucuk Pimpinan PDRM bersama Pemimpin Tertinggi Royal Thai Police

Wartawan/Jurufoto : Sm Megat Nizar bin Megat Uda Abdullah
Penyunting : L/kpl Edwind Indo
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM