Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Syoknya Raya Bersama Perkep Malaysia

Diterbitkan: 14 Aug 2015 4.05 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Bukit Aman, 12 Ogos – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia mengadakan Majlis Syoknya Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sambutan Hari PERKEP ke-47 di Mess Pegawai Kanan, di sini, sebentar tadi. Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim turut meraikan bekas Pengerusi PERKEP Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Zubaidah Md Ismail sebagai menghargai jasa dan pengorbanan
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/syoknya-raya-bersama-perkep-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 12:06 MYT
Bukit Aman, 12 Ogos – Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Malaysia mengadakan Majlis Syoknya Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sambutan Hari PERKEP ke-47 di Mess Pegawai Kanan, di sini, sebentar tadi.

Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Dato’ Imran Ibrahim turut meraikan bekas Pengerusi PERKEP Jabatan Integriti & Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Zubaidah Md Ismail sebagai menghargai jasa dan pengorbanan beliau sepanjang mengemudi persatuan jabatan itu sebelum bersara Mei lalu.

“Semoga ikatan ukhuwah sesama ahli persatuan akan terus kekal terjalin sama ada yang masih aktif ataupun yang telah menjalani persaraan,” ucap Puan Sri Dato’ Imran.

Turut hadir sama, Setiausaha Agung PERKEP Malaysia, DCP Dato’ Zaleha Abdul Rahman, bekas Pengerusi PERKEP Malaysia, Puan Sri Rokiah Ismail serta ahli-ahli PERKEP PDRM.
Syoknya Raya Bersama Perkep Malaysia
Sesi bergambar kenangan bersama Pengerusi PERKEP MALAYSIA, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim.

Syoknya Raya Bersama Perkep Malaysia
Upacara memotong kek ulangtahun penubuhan PERKEP ke 47

Syoknya Raya Bersama Perkep Malaysia
Sesi bergambar kenangan bersama Pengerusi PERKEP MALAYSIA, Puan Sri Dato' Imran Ibrahim.

Syoknya Raya Bersama Perkep Malaysia
Sekitar majlis berlangsung..
ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2015 4.05 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM