Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Selamat 7 2015 Statistik Kemalangan Meningkat

Diterbitkan: 14 Aug 2015 1.54 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Majlis anjuran Telekom Malaysia dengan usahasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi penyelamat pada hari ini turut menyaksikan upacara penyampaian anugerah kepada para pengguna jalan raya yang berhemah.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-selamat-7-2015-statistik-kemalangan-meningkat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 26/09/2026 01:58 MYT

Cheras, 12 Ogos – Op Selamat 7/2015 secara rasmi telah melabuhkan tirainya pada hari ini dalam satu majlis yang diadakan di Terminal Bersepadu Selatan dengan dihadiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim, tengahari tadi.

Majlis anjuran Telekom Malaysia dengan usahasama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan (NGO) serta agensi-agensi penyelamat pada hari ini turut menyaksikan upacara penyampaian anugerah kepada para pengguna jalan raya yang berhemah.

Seramai 15 orang telah terpilih untuk menerima Anugerah Pemandu Berhemah pada kali ini yang terdiri daripada lima orang pemandu bas, lima orang pemandu teksi dan kereta serta lima orang penunggang motosikal.

Manakala dua kategori bagi tiga kontinjen terbaik dan tiga daerah terbaik telah turut dianugerahkan dalam majlis tersebut.

Terdahulu, Dato' Sri Noor Rashid dalam ucapanya memaklumkan bahawa sebanyak 1,974 kes kemalangan jalan raya dicatatkan di seluruh negara pada tahun ini iaitu dengan peningkatan sebanyak 10.7 peratus (%) berbanding tahun lalu.

Manakala bagi kes kemalangan maut juga turut mencatatkan peningkatan sebanyak 86 kes atau 39.6% dengan jumlah kematian sebanyak 330 kematian di mana penunggang dan pembonceng motosikal masih lagi merupakan golongan yang paling ramai terkorban iaitu sebanyak 200 kes.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (KDN/KA) Dato' Mohammad Fuad Abu Zarim, Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Dato' Jamshah Mustapa, para pegawai kanan dan tetamu-tetamu jemputan.

Op Selamat 7 2015 Statistik Kemalangan Meningkat
Ucapan daripada Timbalan Ketua Polis Negara, Dato' Sri Noor Rashid Ibrahim..

Op Selamat 7 2015 Statistik Kemalangan Meningkat
Antara penerima Anugerah Pemandu Berhemah Op Selamat 7/2015..

Sesi penyampaian Anugerah Daerah Terbaik Op Selamat 7/2015..

Sesi penyampaian Anugerah Kontinjen Terbaik Op Selamat 7/2015..

Sesi bergambar kenangan bersama penerima-penerima Anugerah Pemandu Berhemah Op Selamat 7/2015...

ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2015 1.54 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM