Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Bunga Api Dan Pj Finest Juarai Pertandingan Kik Pdrm 2015

Diterbitkan: 14 Aug 2015 5.47 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Subang, 13 Ogos – Pasukan Bunga Api dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Petaling Jaya Finest dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPPD), Selangor dinobatkan sebagai juara dalam kategori masing-masing dalam Majlis Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2015 yang berlangsung di Dorsett Grand Hotel Subang, hari ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/bunga-api-dan-pj-finest-juarai-pertandingan-kik-pdrm-2015
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:42 MYT

Oleh : Kpl Edwind Indo & Daud bin Tuah
Penyunting : PF Siti Fatimah Abdul Manan

Subang, 13 Ogos – Pasukan Bunga Api dari Bahagian Persenjataan, Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi (StaRT) dan Petaling Jaya Finest dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya (IPPD), Selangor dinobatkan sebagai juara dalam kategori masing-masing dalam Majlis Hari Inovasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2015 yang berlangsung di Dorsett Grand Hotel Subang, hari ini.

Pasukan Bunga Api berjaya menambat hari juri apabila muncul sebagai juara bagi kategori Teknikal dengan projek bertajuk “Kesan Pencemaran dari Pelupusan Amunisi" (Green Amunition Disposal).

Berjaya menghasilkan sebuah alat yang dinamakan sebagai 'Rifle Repair Holder’, ia berupaya mengelakkan kerosakan senjata api (rifle) semasa proses membaik pulih serta menjimatkan kos operasi berdasarkan penggunakan ‘teflon’ sebagai bahan utama.

Sementara itu, Petaling Jaya Finest yang mengungguli kategori Pengurusan, mempertaruhkan projek bertajuk “Maklumat Kes Jenayah Lewat Sampai Kepada Anggota IPPD Petaling Jaya”, telah menghasilkan satu Aplikasi Sistem Telefon Pintar Maklumat Dalam Tangan.

Sistem tersebut mampu menyampaikan maklumat dengan tepat, pantas dan efektif kepada petugas semasa menyelesaikan sesuatu kes jenayah.

Kumpulan T-Malim dari IPPD Tanjung Malim dengan rekaan ‘Police Bit Box System (PBBS)’ dan Kumpulan Smart Cops dari IPPD Subang Jaya dengan rekaan sistem ‘Proses Permohonan Penggunaan Kenderaan Pasukan Yang Rumit dan Tidak Efisyen’ turut tidak ketinggalan memberikan saingan sengit dalam pertandingan ini apabila berjaya menduduki tempat kedua bagi kategori masing-masing.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Abu Bakar. 

Juara bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai RM5 ribu, piala pusingan beserta sijil.

Tan Sri Khalid dalam ucapan beliau berharap agar kemeriahan dan kegemilangan pertandingan ini akan membakar semangat semua pihak untuk mengintegrasikan hasil dan mengadaptasi ciptaan bagi memantapkan lagi sistem penyampaian PDRM.

Turut hadir Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Seri Mortadza Nazarene, Ketua Polis Selangor Merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Inovasi PDRM tahun 2015, Dato’ Abu Samah bin Mat, Pengarah-pengarah PDRM, warga PDRM dan rakan-rakan media.

Bunga Api Dan Pj Finest Juarai Pertandingan Kik Pdrm 2015
Tempat ketiga kategori teknikal kumpulan The Dedo dari IPPD Melaka Tengah

Bunga Api Dan Pj Finest Juarai Pertandingan Kik Pdrm 2015
Tempat kedua kategori teknikal kumpulan T-Malim dari IPPD Tanjung Malim, Perak

Bunga Api Dan Pj Finest Juarai Pertandingan Kik Pdrm 2015
Juara bagi kategori teknikal kumpulan Bunga Api dari Bahagian Persenjataan Jabatan StaRT Bukit Aman

Bunga Api Dan Pj Finest Juarai Pertandingan Kik Pdrm 2015
Tempat ketiga kategori pengurusan kumpulan Tapercom dari IPPD Kulai Jaya, Johor

Bunga Api Dan Pj Finest Juarai Pertandingan Kik Pdrm 2015
Tempat kedua kategori pengurusan kumpulan Smart Cop dari IPPD Subang Jaya, Selangor

Bunga Api Dan Pj Finest Juarai Pertandingan Kik Pdrm 2015
Juara bagi kategori pengurusan kumpulan Petaling Jaya Finest dari IPPD Petaling Jaya, Selangor


ArtikelDiterbitkan 14 Aug 2015 5.47 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM