Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Rogol Budak 11 Tahun Ditahan

Published: 17 Oct 2015 3.59 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis berjaya menahan lelaki yang dipercayai merogol budak berusia 11 tahun sehingga melahirkan anak di sini, Ogos lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-rogol-budak-11-tahun-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:44 MYT

Jempol, 17 Okt - Polis berjaya menahan lelaki yang dipercayai merogol budak berusia 11 tahun sehingga melahirkan anak di sini, Ogos lepas.

Ketua Polis Daerah Jempol, Supt Hamzah Alias berkata suspek ditahan di rumah keluarganya di Kota Bharu, Kelantan, kira-kira pukul 6 pagi Khamis lepas.

"Suspek kini direman mulai semalam hingga 22 Okt ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, polis mengambil masa lebih dua bulan untuk menahan suspek berikutan dia kerap bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi bagi mengelak daripada ditahan.

Supt Hamzah berkata, walaupun suspek menghilangkan diri selepas budak perempuan itu melahirkan anak, polis tetap berusaha menjejakinya sehingga berjaya menahannya.

Murid Tahun Lima itu melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta di pekan Bahau pada 5 Ogos lepas, tetapi bayi itu kemudian meninggal dunia pada 12 Ogos lalu ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah kerana pelbagai komplikasi akibat kelahiran pramatang.

- BERNAMA

ArticlePublished 17 Oct 2015 3.59 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM