Polis Selangor Berjaya menahan empat suspek termasuk seorang wanita geng Angah Sri Gading yang dipercayai dalang dalam kes-kes samun kedai serbaneka 24 jam yang berlaku di sekitar daerah Sepang, Selangor.
Ketua Polis Daerah Sepang, ACP Abd Aziz Ali berkata, tiga daripada suspek yang ditahan adalah terlibat dengan kes samun dalam daerah Dengkil pada bulan September lalu manakala selepas siasatan dijalankan, polis turut menahan suspek yang lain di daerah Cheras, Kuala Lumpur.
Hasil tangkapan suspek, polis berjaya merampas sebuah kereta jenis Proton Waja, sebuah motosilal jenis Yamaha 125Z, dan pelbagai jenis telefon bimbit yang mana kesemua ini adalah antara barang samun dalam semua kejadian terbabit.
Kini polis giat memburu saki baki geng kumpulan tersebut yang masih bebas di luar.
Sumber: Sinar Harian
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Polis Tumpaskan Geng Samun Bersenjata
Polis Selangor Berjaya menahan empat suspek termasuk seorang wanita geng Angah Sri Gading yang dipercayai dalang dalam kes-kes samun kedai serbaneka 24 jam yang berlaku di sekitar daerah Sepang, Selangor.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tumpaskan-geng-samun-bersenjata
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.