Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suspek Kes Samun Menyamar Anggota Polis Ditahan

Published: 10 May 2015 2.24 PM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuantan, 10 Mei- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan samun bersenjata api dengan menyamar sebagai anggota polis dan dua wanita dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Wong Ah Jang dekat sini pagi tadi.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suspek-kes-samun-menyamar-anggota-polis-ditahan
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:22 MYT

Kuantan, 10 Mei- Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dengan kegiatan samun bersenjata api dengan menyamar sebagai anggota polis dan dua wanita dalam serbuan di sebuah hotel di Jalan Wong Ah Jang dekat sini pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh, suspek ditahan pukul 7.30 pagi oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan serta Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang sebaik menerima maklumat awam.

"Dalam kejadian tengah malam tadi, tiga lelaki berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an telah menyamar sebagai anggota polis sebelum bertindak memecah masuk ke sebuah bilik hotel di bandar ini.

"Mereka yang bersenjatakan sepucuk pistol kemudian telah memaksa mangsa, seorang lelaki berusia 30-an menyerahkan sejumlah wang dan telefon bimbit sebelum bertindak melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, polis telah menyerbu sebuah bilik hotel di Jalan Wong Ah Jang dan berjaya menahan salah seorang suspek bersama dua wanita berusia 22 hingga 24 tahun.

Katanya kesemua suspek kemudian dibawa ke IPD Kuantan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam dan samun.

Katanya polis kini giat memburu dua lagi suspek yang terlibat dalam kejadian samun itu.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan polis menahan seorang lelaki yang terbabit dalam kes samun, di Lorong Sri Kuantan di sini pagi tadi.

Dalam 7.40 pagi itu, suspek yang postif dadah dan berusia 28 tahun mengaku terbabit dalam kegiatan jenayah berkenaan bersama seorang lagi rakannya dikenali sebagai Arif.- BERNAMA

ArticlePublished 10 May 2015 2.24 PMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM