Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Warga Afrika Ditahan Miliki 21 Kilogram Ganja

Diterbitkan: 10 May 2015 2.24 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 10 Mei- Seorang lelaki Afrika ditahan kerana disyaki menyimpan ganja di kediamannya di Apartment Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/warga-afrika-ditahan-miliki-21-kilogram-ganja
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:48 MYT

Kuala Lumpur, 10 Mei- Seorang lelaki Afrika ditahan kerana disyaki menyimpan ganja di kediamannya di Apartment Mentari Court, Bandar Sunway, Petaling Jaya semalam.

Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Azmi Abu Kassim berkata suspek yang dikenali sebagai Iwu Christopher Chinedu, 30, seorang pelajar universiti berasal dari Nigeria.

"Dalam serbuan kira-kira 9.45 malam itu, polis menemui 21 bungkusan plastik yang mengandungi daun kering yang disyaki ganja yang diletakkan dalam mesin basuh.

"Polis turut menjumpai sebuah beg kain yang mengandungi 81 bungkusan plastik yang mengandungi daun kering disyaki ganja seberat 1.112 kilogram," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas itu ialah 21.691 kilogram bernilai RM60,000 dan lelaki terbabit ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 10 May 2015 2.24 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM