Artikel
Seludup Manusia Tujuh Ditahan Termasuk Dalang Warga Indonesia
Johor Bahru, 10 Mei- Seramai tujuh orang pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing enam lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia ditahan dalam ser...
Johor Bahru, 10 Mei- Seramai tujuh orang pendatang asing tanpa izin (PATI) masing-masing enam lelaki dan seorang wanita warganegara Indonesia ditahan dalam serbuan di sekitar jeti Kempas, di sini, semalam.
Menurut Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua yang ditahan lingkungan umur 30an tidak mempunyai dokumen perjalanan sah sedang menunggu untuk pulang secara haram ke negara asal mereka.
"Kami turut menahan seorang tekong darat yang juga warganegara Indonesia dipercayai dalang utama menguruskan perjalanan kesemua PATI itu," katanya.
Kesemua yang ditahan dibawa pulang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi tujuan dokumentasi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Imigran (ATIPSOM) 2007 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.