Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Bukit Aman - 7 Jun 2012
"Polis
Diraja Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam menyediakan
persekitaran hidup yang stabil dan selamat untuk masyarakat tempatan di
Malaysia, termasuk masyarakat Korea Selatan yang berada di Malaysia.
Kami akan terus berusaha untuk menjaga keselamatan rakyat serta
pelabur-pelabur Korea Selatan yang berada di Malaysia", ujar YDH Tan Sri
Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Penyerahan
Cek oleh H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan ke
Malaysia.
Bertempat di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman pada petang
ini, Persatuan Korea di Malaysia sekali lagi memberikan sumbangan
berjumlah RM20,000 sebagai biasiswa untuk pelajar untuk anak-anak PDRM.
Hubungan diplomatik Malaysia - Republik Korea Selatan
yang terjalin selama 52 tahun juga menunjukkan keakraban ikatan
hubungan PDRM bersama Republik Korea Selatan melalui rakan dialog
ASEANAPOL, di mana Korea Selatan juga memainkan peranan aktif bagi
memastikan keselamatan dan keamanan serantau sentiasa terjamin.
Di
samping hubungan keselamatan yang terjalin, kedua-dua negara juga turut
mempunyai ikatan kukuh dalam bidang ekonomi bagi menjayakan Pelan
Transformasi Ekonomi (Economic Tranformation Plan (ETP).
"Negara
Malaysia mengambil tempat di kalangan negara-negara paling selamat di
dunia. sehubungan itu pada petang ini, saya memberikan jaminan PDRM akan
sentiasa memberikan responsif kepada masalah-masalah yang berkaitan
dengan isu-isu jenayah dan keselamatan kepada rakyat Korea Selatan yang
berada di negara ini", ucap YDH Ketua Polis Negara.
Turut hadir,
Y.Bhg Mr. Yoon Ahd Kyu, Presiden Persatuan Korea di Malaysia, Encik Cho
Se Yeon, Naib Presiden Persatuan Korea di Malaysia serta Delegasi
Republik Korea.
Hadir sama YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin
Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan
PDRM, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Ketibaan YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Ketibaan Y.Bhg H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan.

YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar beramah mesra bersama H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan.

Bacaan doa bagi memberkati majlis.

YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Y.Bhg H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan menyampaikan ucapan.






Sepanjang acara penyampaian sumbangan dan cenderahati.

Sesi bergambar kenangan.

Y.Bhg H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan menandatangani buku pelawat.

Y.Bhg
H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan membalas
lambaian selamat jalan YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar.
Wartawan dan Jurugambar : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi.