Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.20 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mesyuarat yang dipengerusikan bersama PDRM dan ATM ini membincangkan program-program kerjasama PDRM/ATM di dalam bidang operasi, latihan serta kursus yang telah menampakkan kejayaannya sehingga telah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/mesyuarat-jawatankuasa-penyelarasan-operasi-dan-latihan-jpol
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 08:33 MYT

Kuala Lumpur - 7 Jun 2012
Memperkasakan Keselamatan dan Pertahanan Negara

Bagi 'Memperkasakan Keselamatan dan Pertahanan Negara', satu Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan (JPOL) Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia Bilangan 1 Tahun 2012 telah di adakan di Bilik Mesyuarat Wisma Transit, Kuala Lumpur pada pagi ini.

Delegasi PDRM diketuai oleh Ketua Delegasi PDRM, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, yang juga Pengerusi Bersama JPOL PDRM dan delegasi ATM pula diketuai oleh Ketua Delegasi ATM, Y.Bhg Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia yang juga Pengerusi Bersama JPOL ATM.
 
Mesyuarat yang dipengerusikan bersama PDRM dan ATM ini membincangkan program-program kerjasama PDRM/ATM di dalam bidang operasi, latihan serta kursus yang telah menampakkan kejayaannya sehingga telah mendapat pengiktirafan dari pihak kerajaan melalui 'Blue Ocean Strategy'.

Dengan kesinambungan program-program yang dirancang, kerjasama yang lebih strategik akan dapat dilaksanakan secara lebih sistematik dan perancangan yang disusun rapi akan dapat memastikan kelancaran aktiviti-aktiviti dapat dilaksanakan bagi meningkatkan kualiti kerja setiap warga PDRM/ATM dalam memahami bidang tugas serta tanggungjawab di setiap agensi di samping mampu mengeratkan lagi hubungan di antara kedua-dua pasukan keselamatan untuk memastikan keselamatan negara tidak terancam dan kekal aman sejahtera. 

Bersempena dengan mesyuarat ini juga, taklimat-taklimat turut disampaikan oleh Jawatankuasa Kerja Operasi (JKKO) ATM/PDRM, Jawatankuasa Kerja Latihan (JKKL) ATM/PDRM dan Jawatankuasa Kerja Am (JKKA0 ATM/PDRM.

Turut hadir semasa mesyuarat ialah YDH DCP Dato' Abdul Rahman bin Hj. Hussin, Timbalan Pengarah 1, Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato' Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah Jabatan KDN/KA (PGA/Pengurusan Sempadan/Kawalan Keselamatan LTAB), YDH SAC Dato' Jaafar bin Mohd Yusof, Komander Unit Tindakan Khas serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol
Ketibaan Ketua Delegasi PDRM dan Ketua Delegasi ATM di Wisma Transit Kuala Lumpur

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol
Bagi memberkati mesyuarat..Doa selamat

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol
Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan (JPOL) Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia Bilangan 1 Tahun 2012

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol
kanan...Ketua Delegasi PDRM, YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, yang juga Pengerusi Bersama JPOL PDRM bersama Ketua Delegasi ATM, Y.Bhg Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia yang juga Pengerusi Bersama JPOL ATM.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol
YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA beramah mesra bersama Pegawai Angkatan Tentera Malaysia

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol
Ramah mesra...Y.Bhg Lt Jen Datuk Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor, Ketua Staf Markas Angkatan Tentera Malaysia

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Operasi Dan Latihan Jpol
Sesi Bergambar...


Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto   : L/Kpl Aslam Syir Khan bin Fairuz Khan

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.20 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM