Polis Kita Pamer Kualiti Laksanakan Misi Pengaman Pbb
"... Kejayaan ini bukan saja telah dapat menonjolkan nama baik dan imej PDRM tetapi juga nama baik dan maruah negara kita dan ini adalah sesuatu yang amat membanggakan..." - Pengarah KDN/KA PDRM
Cheras, 6 Mei -
"Saya telah dimaklumkan bahawa peserta misi ini telah
bersungguh-sungguh memberi khidmat bantuan juga nasihat dalam beberapa
bidang berkaitan kepolisan seperti 'crowd control' dan 'security assessments'
dan seramai 35 anggota kita telah ditugaskan di daerah Same selama 9
hari iaitu pada 7 hingga 16 Mei yang lepas telah mendapat pujian dan
penghargaan daripada Mr. Miguel Ribero Cherilho iaitu Police
Commissioner di sana di atas kejayaan membendung rusuhan penduduk
tempatan," ujar YDH Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah KDN/KA
PDRM dalam ucapannya sempena Majlis Meraikan Kepulangan Dan Pembubaran
Unit Malaysia Formed Police Unit (MAL-FPU) Briged Tengah PGA di Padang
Kawad Briged Tengah PGA, hari ini.
Majlis ini diadakan
adalah sebagai mengalu-alukan kepulangan seramai 140 orang pegawai dan
anggota MAL-FPU Briged Tengah PGA termasuk 4 pegawai dari Perkhidmatan
Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Sekembalinya
dari misi kali ini, pasukan pegawai dan anggota MAL-FPU ini akan
dibubarkan dan dikembalikan ke batalion-batalion serta formasi Briged
Tengah PGA dan pada masa yang sama juga, Beret UN yang dipakai sekarang
akan ditukarkan kepada beret asal PGA.
Majlis pada
hari ini turut dihadiri DCP Dato' Abdul Rahman bin Hussin, Timbalan
Pengarah 1 Jabatan KDN/KA, DCP Dato' Wira Muhammad Sabtu bin Osman,
Timbalan Pengarah (Kepolisan/ Pencegahan Jenayah) KDN/KA, DCP Dato'
Muhammad Fuad bin Abu Zarim, Timbalan Pengarah (PGA, Pengurusan
Sempadan/ Kawalan Keselamatan LTAB) Jabatan KDN/KA, SAC Dato' Mohd Rodzi
bin Ismail, Komander Briged Tengah PGA dan Kolonel (Dr) Mohd Razin bin
Kamarulzaman, Wakil Ketua Pengarah Perkhidmatan Kesihatan ATM.

Ketibaan YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.

YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA menerima tabik hormat.

YDH
CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA memeriksa
baris diiringi oleh DSP Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Unit
Malaysia Formed Police(MAL-FPU).

Ucapan
aluan dan perasmian Pembubaran Unit MAL-FPU Briged Tengah PGA oleh YDH
CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA.

DSP
Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Kumpulan MAL-FPU menyerahkan
bendera Malaysia kepada YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid, Pengarah
Jabatan KDN/KA.

Upacara
penukaran Beret UN kepada Beret asal PGA..YDH CP Dato' Wira Salleh bin
Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA memakaikan Beret asal PGA kepada DSP
Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Kumpulan MAL-FPU.

Upacara penukaran Beret UN kepada Beret asal PGA.

Mesra..YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid sempat bertegur sapa bersama ahli keluarga Unit MAL-FPU yang hadir.

Sesi sidang media.

YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid menandatangani Buku Pelawat Briged Tengah.

YDH
Kolonel (Dr) Mohd Razin bin Kamarulzaman, Wakil Ketua Pengarah
Perkhidmatan Kesihatan ATM menandatangani Buku Pelawat Briged Tengah.

DSP
Mohd Taufik bin Maidin, selaku ketua Kumpulan MAL-FPU menyampaikan
cenderamata kepada YDH CP Dato' Wira Salleh bin Mat Rasid Pengarah
Jabatan KDN/KA.
Jurufoto : L/Kpl Raymond
Wartawan : L/Kpl Irfan