Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.19 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertempat di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman pada petang ini, Persatuan Korea di Malaysia sekali lagi memberikan sumbangan berjumlah RM20,000 sebagai biasiswa untuk pelajar untuk anak-anak PDRM...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sumbangan-biasiswa-untuk-anak-anak-polis-dari-republik-korea-selatan
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:10 MYT

Bukit Aman - 7 Jun 2012

"Polis Diraja Malaysia akan terus memainkan peranan penting dalam menyediakan persekitaran hidup yang stabil dan selamat untuk masyarakat tempatan di Malaysia, termasuk masyarakat Korea Selatan yang berada di Malaysia. Kami akan terus berusaha untuk menjaga keselamatan rakyat serta pelabur-pelabur Korea Selatan yang berada di Malaysia", ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara sempena Majlis Penyerahan Cek oleh H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan ke Malaysia.

Bertempat di Mes Pegawai Kanan, Bukit Aman pada petang ini, Persatuan Korea di Malaysia sekali lagi memberikan sumbangan berjumlah RM20,000 sebagai biasiswa untuk pelajar untuk anak-anak PDRM.

Hubungan diplomatik Malaysia - Republik Korea Selatan yang terjalin selama 52 tahun juga menunjukkan keakraban ikatan hubungan PDRM bersama Republik Korea Selatan melalui rakan dialog ASEANAPOL, di mana Korea Selatan juga memainkan peranan aktif bagi memastikan keselamatan dan keamanan serantau sentiasa terjamin.

Di samping hubungan keselamatan yang terjalin, kedua-dua negara juga turut mempunyai ikatan kukuh dalam bidang ekonomi bagi menjayakan Pelan Transformasi Ekonomi (Economic Tranformation Plan (ETP).

"Negara Malaysia mengambil tempat di kalangan negara-negara paling selamat di dunia. sehubungan itu pada petang ini, saya memberikan jaminan PDRM akan sentiasa memberikan responsif kepada masalah-masalah yang berkaitan dengan isu-isu jenayah dan keselamatan kepada rakyat Korea Selatan yang berada di negara ini", ucap YDH Ketua Polis Negara.

Turut hadir, Y.Bhg Mr. Yoon Ahd Kyu, Presiden Persatuan Korea di Malaysia, Encik Cho Se Yeon, Naib Presiden Persatuan Korea di Malaysia serta Delegasi Republik Korea.

Hadir sama YDH DIG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah Jabatan PDRM, YDH Timbalan-Timbalan Pengarah serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Ketibaan YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Ketibaan Y.Bhg H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar beramah mesra bersama H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Bacaan doa  bagi memberkati majlis.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar, Ketua Polis Negara menyampaikan ucapan.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Y.Bhg H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan menyampaikan ucapan.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Sepanjang acara penyampaian sumbangan dan cenderahati.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Sesi bergambar kenangan.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Y.Bhg H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan menandatangani buku pelawat.

Sumbangan Biasiswa Untuk Anak Anak Polis Dari Republik Korea Selatan
Y.Bhg H.E Mr. Lee yong-Joon, Duta Besar Republik Korea Selatan membalas lambaian selamat jalan YDH IG Tan Sri Hj.Ismail bin Hj Omar.

Wartawan dan Jurugambar : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.19 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM