Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Suami Isteri Rakan Penjenayah Geng Thianggu Ditangkap

Published: 15 Apr 2015 7.49 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
Polis melumpuhkan sindiket yang menjadikan kereta keluaran Proton ekoran penahanan sepasang suami isteri dan seorang rakan mereka di Pulau Pinang dan Langkap, Perak pada 7 April lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-rakan-penjenayah-geng-thianggu-ditangkap
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:21 MYT

Polis melumpuhkan sindiket yang menjadikan kereta keluaran Proton ekoran penahanan sepasang suami isteri dan seorang rakan mereka di Pulau Pinang dan Langkap, Perak pada 7 April lalu.

Suami isteri berusia 34 dan 40 tahun itu diberkas semasa mereka berada dalam sebuah kereta yang berhenti di tepi jalan di Kampung Air Putih di sini pada pukul 5.30 petang.

Selang beberapa jam selepas itu, polis menangkap pula seorang lelaki yang berumur 30-an dipercayai kenalan pasangan suami isteri terbabit di kediamannya di Perak. Penahanan mereka telah membawa kepada penemuan beberapa unit komputer, sejumlah peralatan audio, beberapa keping geran kereta, kad pengenalan, pasport dan kad pengeluaran wang automatik (ATM).

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Lai Fah Hin berkata, ketiga-tiga suspek daripada Geng Thiaggu itu menyasarkan kereta-kereta tempatan seperti Proton Wira, Putra dan Waja di sekitar daerah ini dan daerah Timur Laut untuk dicuri. Malah, kes-kes curi kereta membabitkan kumpulan ini juga disyaki dilakukan di sekitar Parit Buntar, Perak dan Kulim, Kedah.

Sumber: Kosmo

Suami Isteri Rakan Penjenayah Geng Thianggu Ditangkap
ArticlePublished 15 Apr 2015 7.49 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM