Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pasukan Polis Marin Sarawak Cemerlang Pengarah Jabatan Kdn Ka

Diterbitkan: 15 Apr 2015 7.41 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuching, 15 April - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim memuji prestasi cemerlang Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak yang banyak mencatatkan kejayaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pasukan-polis-marin-sarawak-cemerlang-pengarah-jabatan-kdn-ka
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:22 MYT


Kuching, 15 April - Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) Dato’ Muhammad Fuad Abu Zarim memuji prestasi cemerlang Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak yang banyak mencatatkan kejayaan.

Beliau berkata pada tahun lepas pasukan itu berjaya membuat rampasan pelbagai barang bernilai RM25 juta dan bagi Januari hingga awal bulan ini pula berjaya melakukan rampasan bernilai RM4 juta.

Katanya rampasan itu termasuk kayu balak haram, minyak, pasir dan mercun selain menahan sekumpulan lelaki yang cuba memberi rasuah kepada anggota polis marin supaya tidak mengambil tindakan kerana terbabit dalam kegiatan pembalakan haram.

"Kejayaan mereka telah membuat Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Polis Negara berpuas hati. Saya menyeru supaya pasukan polis marin wilayah Sarawak meneruskan kecemerlangan supaya menjadi contoh baik kepada pasukan-pasukan lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Markas Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak.

Pada majlis itu beliau turut mengadakan perjumpaan dengan pegawai-pegawai kanan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak dan seterusnya menyampaikan sijil penghargaan kepada 15 anggota polis marin yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam tugas masing-masing.

Muhammad Fuad berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai rancangan untuk menambah lagi anggota dan aset pasukan polis marin wilayah Sarawak agar mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.

Katanya, keluasan negeri Sarawak serta perairannya yang terpanjang di negara ini memerlukan kekuatan anggota dan aset dua kali ganda berbanding sekarang agar segala perbuatan pencerobohan dan penyeludupan dapat dipantau secara lebih berkesan.

"Ancaman di negeri Sarawak lebih berbentuk kecurian sumber ekonomi seperti balak dan pasir, penyeludupan barang dan kemasukan pendatang tanpa izin," katanya.

Katanya PDRM juga mempunyai rancangan untuk menempatkan anggota dan aset di kawasan empangan elektrik di Bakun, kawasan perindustrian Samalaju, Bintulu dan kawasan perairan berdekatan pusat peranginan Bako.

BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 15 Apr 2015 7.41 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM