Bukit Aman, 7 Mac - Taktik terbaharu
sindiket pengedaran dadah dalam mengaburi pihak berkuasa dari dikesan
dengan menyembunyikan bahan terlarang tersebut di dalam pemain DVD
menggunakan perkhidmatan kurier terbongkar selepas tertangkapnya tujuh
ahli sindiket itu dalam beberapa operasi dijalankan oleh Jabatan
Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman baru-baru ini.
Kesemua suspek, enam daripadanya merupakan lelaki warga asing dan seorang lelaki tempatan ditahan bersama rampasan dadah syabu berjumlah 4.9 kilogram.
Kesemua suspek yang berumur lingkungan 22 hingga 42 tahun kini disiasat di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan operasi berterusan daripada JSJN dijalankan bagi mengesan saki-baki ahli sindiket lain.