Patuhi Peraturan Dan Arahan Pegawai Polis
PATUHI PERATURAN DAN ARAHAN PEGAWAI POLIS
Kajang,
10 Mac – "Patuhi peraturan, nasihat dan arahan Pegawai Polis agar
proses penamaan calon (esok) berjalan dengan lancar", ujar YDH Tan Sri
Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara dalam satu lawatan
kerja rasmi di MARTEK (Markas Tektikal) PRK Kajang, petang tadi.
"Kami
telah siap sedia sepenuhnya untuk penugasan esok (penamaan calon) dan
pada hari mengundi nanti", tambah beliau di majis sidang media.
Sepanjang
tinjauan persiapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, beliau berpuas
hati dengan kekuatan anggota PDRM (Selangor dan Bukit Aman) untuk
menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang PRK nanti.
Setakat ini pihak polis telah menerima 27 laporan polis berkaitan PRK.



Sekitar taklimat tugas bersama YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara



Antara pegawai dan anggota polis yang bertugas di MARTEK (Markas Tektikal) Pilihan Raya Kecil DUN 25 Kajang


Majlis sidang media


YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara melawat MARTEK (Markas Tektikal) PRK DUN 25 Kajang







YDH Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Negara bersalaman dengan petugas-petugas PRK DUN 25 Kajang