Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Perkep Mainkan Peranan Sosial

Diterbitkan: 12 Jun 2014 9.15 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Mesyuarat Agung PERKEP Jabatan Pengurusan Ke-25 ini merupakan mesyuarat pertama yang diterajui oleh beliau bagi menggantikan Prof. Madya Datin Wira Dr. Fatimah binti Moosa yang kini menjawat jawatan P..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/perkep-mainkan-peranan-sosial
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 03:43 MYT
Bukit Aman, 11 Mac - "Saya berharap Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) akan dapat merancang dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang lebih produktif dan bermanfaat terutamanya dalam meningkatkan budaya positif di kalangan anak-anak remaja kita supaya tidak terlibat dengan gejala sosial, pelanggaran budaya masyarakat dan undang-undang negara," ujar Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman, hari ini.

Beliau yang juga merupakan penaung dan penasihat PERKEP Jabatan Pengurusan berkata, PERKEP ditubuhkan dengan objektif untuk mewujudkan keharmonian sebuah rumah tangga, membimbing pengurusan ekonomi dan kesihatan serta mengeratkan lagi ikatan silaturahim di kalangan ahli keluarga di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia.

Berucap sempena Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PERKEP Jabatan Pengurusan Ke-25 di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman hari ini, beliau berharap PERKEP Jabatan Pengurusan bukan sahaja setanding malah mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan PERKEP jabatan-jabatan lain serta menjadi contoh kepada persatuan-persatuan kebajikan yang ada di Malaysia.

Dalam pada itu, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan, Datin Seri Azizah Bt Hamdi berkata, sebagai pengerusi baru di PERKEP Jabatan Pengurusan ini, beliau bersama-sama kepimpinan PERKEP baharu ini akan berusaha untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang bercorak kekeluargaan merangkumi program pemantapan keluarga yang akrab, harmoni dan berdaya saing bersesuaian dengan tuntutan semasa demi mewujudkan institusi kekeluargaan yang bahagia.

Mesyuarat Agung PERKEP Jabatan Pengurusan Ke-25 ini merupakan mesyuarat pertama yang diterajui oleh beliau bagi menggantikan Prof. Madya Datin Wira Dr. Fatimah binti Moosa yang kini menjawat jawatan Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK).

Turut hadir pada hari ini, DCP Dato' Shahbudin bin Abdul Wahab, Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan), Datin Zawiyah binti Abu Hassan, Naib Pengerusi I PERKEP Jabatan Pengurusan, DCP Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan/Perjawatan), Datin Bedah binti Dollah, Pengerusi Biro Sains Rumah tangga, Pegawai-pegawai kanan PDRM serta barisan ahli-ahli jawatankuasa PERKEP Jabatan Pengurusan bagi sesi 2012/2013.

Perkep Mainkan Peranan Sosial
antara gerai-gerai jualan yang dibuka

Perkep Mainkan Peranan Sosial
antara gerai-gerai jualan yang dibuka..

Perkep Mainkan Peranan Sosial
sesi pendaftaran... 

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Ketibaan Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu PERKEP

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman dan Datin Seri Azizah Bt Hamdi, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan...

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Bacaan doa oleh Ustaz Nor Mohd Faizal bin Ismail, dari Bahagian agama Dan Kaunseling Bukit Aman..

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Ucapan pembukaan daripada Datin Seri Azizah Bt Hamdi, Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan...

Perkep Mainkan Peranan Sosial 
Ucapan perasmian daripada Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun, Pengarah Pengurusan PDRM Bukit Aman...

Perkep Mainkan Peranan Sosial
sesi penyampaian cenderahati kenangan PERKEP Jabatan Pengurusan kepada Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan.. 

Perkep Mainkan Peranan Sosial
sesi penyerahan cenderahati daripada Pengarah Jabatan Pengurusan kepada Pengerusi PERKEP Jabatan Pengurusan...

Perkep Mainkan Peranan Sosial 
Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Sesi penyampaian cenderahati kepada Barisan Ahli Jawatankuasa PERKEP Pengurusan Sesi 2012/2013..

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Cenderahati kenangan kepada Dato' Seri Mohamad Fuzi bin Harun daripada Datin Seri Azizah binti Hamdi...

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Sesi bergambar kenangan...

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Sekitar mesyuarat...

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Sekitar mesyuarat...

Perkep Mainkan Peranan Sosial
Sekitar mesyuarat...


ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 9.15 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM