Bukit
Aman, 7 Mac – Taktik terbaharu sindiket pengedaran dadah dalam
mengaburi pihak berkuasa dari dikesan dengan menyembunyikan bahan
terlarang tersebut di dalam pemain DVD menggunakan perkhidmatan kurier
terbongkar selepas tertangkapnya tujuh ahli sindiket itu dalam beberapa
operasi dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit
Aman baru-baru ini.
Kesemua
suspek, enam daripadanya merupakan lelaki warga asing dan seorang
lelaki tempatan ditahan bersama rampasan dadah syabu berjumlah 4.9
kilogram.
Kesemua
suspek yang berumur lingkungan 22 hingga 42 tahun kini disiasat di
bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan operasi berterusan
daripada JSJN dijalankan bagi mengesan saki-baki ahli sindiket lain.




Sumber : Unit Portal Dan Media Sosial Rasmi PDRM
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sorok Dadah Dalam Pemain DVD
Bukit Aman, 7 Mac – Taktik terbaharu sindiket pengedaran dadah dalam mengaburi pihak berkuasa dari dikesan dengan menyembunyikan bahan terlarang tersebut di dalam pemain DVD menggunakan perkhidmatan k..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sorok-dadah-dalam-pemain-dvd-20140619
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.