Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Polis Tahan Tujuh Suspek Rampas Syabu Rm900 000

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kuala Lumpur, 7 Mac - Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tujuh suspek termasuk enam warga asing dan merampas 4.9 kilogram dadah Syabu bernilai RM900,000 dalam ena..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/polis-tahan-tujuh-suspek-rampas-syabu-rm900-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:21 MYT

Kuala Lumpur, 7 Mac - Polis melumpuhkan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas menahan tujuh suspek termasuk enam warga asing dan merampas 4.9 kilogram dadah Syabu bernilai RM900,000 dalam enam operasi di sekitar Lembah Klang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata sepanjang operasi sejak 20 Feb hingga semalam, polis menahan tiga lelaki Nigeria, tiga wanita warga Uganda dan seorang lelaki tempatan berusia antara 22 dan 42 tahun.

Beliau berkata modus operandi sindiket itu ialah menyeludup dadah menerusi perkhidmatan pos laju dan kurier dengan menyorokkannya dalam pelbagai barangan persendirian termasuk peralatan cakera padat DVD.

"Kumpulan ini menggunakan taktik menyeludup bekalan dadah dalam jumlah yang kecil bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, namun ia dilakukan secara kerap.

"Kita mendapati ketiga-tiga lelaki Nigeria itu adalah penuntut di sebuah kolej di Lembah Klang namun siasatan masih diteruskan," katanya dalam siding akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini, hari ini.

Noor Rashid berkata latar belakang tiga wanita Uganda itu masih disiasat.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 untuk membantu siasatan.

Menurutnya sepanjang dua bulan lepas, JSJN menahan 33,702 individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah berbanding 30,293 orang dalam tempoh sama tahun lepas.

Jumlah tangkapan meningkat sebanyak 11 peratus, katanya.

Sumber :
BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM