Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Peraga 51 Gro Atas Pentas

Diterbitkan: 19 Jun 2014 2.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata selain itu pihaknya turut menahan tiga anggota kongsi gelap yang bekerja sebagai pengawal pintu masuk dan seorang suspek dikehendaki seja..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/peraga-51-gro-atas-pentas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 00:06 MYT
Pusat hiburan yang diubah suai daripada sebuah dewan badminton menjadi kelab malam diserbu sepasukan polis daripada Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Bukit Aman di Jalan Kuchai Lama semalam dan berjaya menahan seramai 51 pelayan wanita (GRO) warga asing.

Ketua Penolong Pengarah D7 Bukit Aman, SAC Roslee Chik berkata selain itu pihaknya turut menahan tiga anggota kongsi gelap yang bekerja sebagai pengawal pintu masuk dan seorang suspek dikehendaki sejak 10 tahun lalu di bawah Seksyen 326 dan 324 Kanun Keseksaan iaitu menyerang dan mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.

Siasatan lanjut mendapati GRO warga asing yang terdiri daripada warga Thailand, China dan Vietnam yang ditahan telah menyalahgunakan pas lawatan dan disiasat mengukit Seksyen 39B Akta Imigresen 1959.

Peraga 51 Gro Atas Pentas

Sumber: Harian Metro
ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 2.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM