Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Rompak Dan Pecah Rumah Di Miri Tumpas

Published: 17 Jun 2014 3.40 AM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
'Kedua-dua suspek ini mempunyai rekod jenayah curi kenderaan dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi Sjn Karam di talian 016-641556,' katanya...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-rompak-dan-pecah-rumah-di-miri-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:32 MYT

Miri, 14 Mei - Lima lelaki ditahan dan polis merampas pelbagai barangan dipercayai barangan curi bernilai lebih RM190,000 dalam operasi polis di beberapa lokasi bermula semalam.

Berikutan penahanan lima lelaki tempatan berusia antara 31 dan 43 tahun itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa siri rompakan dan pecah rumah termasuk kes terbaharu di Desa Senadin fasa 2 Jumaat lepas.

Antara barangan curi yang dirampas ialah sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner, kata Ketua Polis Miri ACP Mun Kock Keong pada sidang akhbar di sini hari ini.

"Kami minta sesiapa yang pernah menjadi mangsa rompakan, pecah rumah dan pecah kereta hadir ke balai polis sentral polis Miri untuk mengenalpasti barangan curi yang dtemui semula oleh polis," katanya.

Sementara itu, Mun berkata polis sedang memburu dua lelaki rakyat tempatan Yeo Chee Ann@Ah Ann, 29, beralamat terakhir di Lot 396 Jalan Kampung Sibiew Bintulu dan Ting Sing Loong@Ah Loon, 36, beralamat terakhir no 44 Taman Ria Tanjung Batu Bintulu bagi membantu siasatan kes curi kenderaan.

"Kedua-dua suspek ini mempunyai rekod jenayah curi kenderaan dan sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai mereka boleh menghubungi Sjn Karam di talian 016-641556," katanya.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero 11 Mei lepas di Pusat Komersial Pelita di sini.

"Mitsubishi Pajero itu berjaya ditemui semula pada keesokan harinya di tempat letak kereta Bintang Megamall dan seorang lelaki rakyat tempatan berusia 25 tahun ditahan pada hari sama di tempat letak kereta itu," katanya. - BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 3.40 AMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM