Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

41 Kereta Mewah Diserah Kembali

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.39 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Antara model kereta yang kita serahkan kepada Polis Brunei hari ini adalah jenis Lexus, Mercedes-Benz C230 Kompressor, BMW dan Toyota Vios yang bernilai Brunei Dollar 40,000 (RM96,513) hingga Brunei ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/41-kereta-mewah-diserah-kembali
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:44 MYT

Kota Kinabalu - Sebanyak 41 buah kenderaan mewah milik rakyat Brunei bernilai RM4 juta yang dirampas setelah terlibat dalam slndiket penyeludupan diserahkan secara berperingkat-peringkat kepada pihak berkuasa negara jiran itu mulai hari ini.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Tan Kok Liang berkata, penyerahan kesemua kenderaan itu dibuat selepas Polis Diraja Malaysia mendapat arahan daripada mahkamah dan berjaya mengenal pasti pemilik kenderaan tersebut.


"Antara model kereta yang kita serahkan kepada Polis Brunei hari ini adalah jenis Lexus, Mercedes-Benz C230 Kompressor, BMW dan Toyota Vios yang bernilai Brunei Dollar 40,000 (RM96,513) hingga Brunei Dollar 100,000 (RM241,283)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Pohs Kontinjen (IPK), di sini.

Kesemua kenderaan tersebut diserahkan Kok Liang kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Polis Brunei, Senior Asisten Komisioner Pengiran Wahab Omar. Menurut beliau, semua kenderaan itu adalah antara barang rampasan kes pada Oktober 2011 yang melibatkan penahanan enam suspek lelaki tempatan berusia 26 hingga 54 tahun termasuk seorang warganegara Brunei yang dikenal pasti dalang kepada aktiviti terbabit.

Modus operandi sindiket itu adalah suspek akan menyewa kenderaan dari Brunei dan dibawa masuk ke Sabah sebelum dijual kepada pembeli selepas ditukar nombor pendaftaran dan dilakukan pemalsuan cukai jalan. Sementara itu, beliau berkata, polis akan mempertimbangkan langkah memperketatkan lagi kawalan keselamatan di pintu-pintu masuk kes-kes penyeludupan kenderaan.

"Saya telah berbincang dengan rakan pasukan keselamatan dari Brunei untuk memperketatkan kawalan di pintu masuk kedua-dua negara bagi menangani sebarang insiden penyeludupan seperti ini pada masa hadapan," ujarnya.

Sumber: Utusan Malaysia

41 Kereta Mewah Diserah Kembali

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.39 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM