Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Kes Ragut Di Karnival Tumpas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 6.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menemui 37 utas rantai leher, sembilan utas rantai kaki dan tangan dan 14 loket dipercayai hasil ragut serta barangan kegunaan sindiket itu iaitu empat bilah gunting, alat penimbang emas, kalkul..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-kes-ragut-di-karnival-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:45 MYT

KANGAR, 31 Mei 2010 - Polis menahan 25 orang disyaki anggota sindiket ragut yang aktif menjalankan kegiatan mereka secara berkumpulan di kawasan-kawasan keramaian dan karnival.

Kesemua mereka termasuk seorang ibu bersama anak perempuannya itu ditahan selepas disyaki terbabit dalam beberapa kes ragut di karnival hiburan dan jualan di sini pada Sabtu dan Ahad.

Ketua Polis Perlis, SAC Dato' Ghazali Mohd Amin berkata ibu dan anak perempuannya yang masing-masing berumur 46 tahun dan awal dua puluhan itu ditahan di sebuah hotel di Kuala Perlis bersama-sama 19 yang lain.

Empat lagi ditahan ketika menjalankan kegiatan itu di lokasi karnival berkenaan semalam, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini pada Isnin.

Beliau berkata mereka yang ditahan itu terdiri daripada 12 lelaki dan 13 wanita berusia antara 18 dan 46 tahun dan siasatan awal polis mendapati anggota sindiket itu mempunyai hubungan persaudaraan dan dalangi seorang lelaki berumur 22 tahun.

"Sindiket itu akan datang ke lokasi yang ada pesta keramaian dengan menyewa hotel dan bergerak secara berkumpulan mengikut sesi pagi dan petang,"

Beliau berkata tiga daripada yang ditahan itu dipercayai pembeli barangan curi yang berasal dari Perak dan Pulau Pinang manakala selebihnya dipercayai dari Sabah.

Ghazali berkata hasil penahanan mereka, polis menemui 37 utas rantai leher, sembilan utas rantai kaki dan tangan dan 14 loket dipercayai hasil ragut serta barangan kegunaan sindiket itu iaitu empat bilah gunting, alat penimbang emas, kalkulator dan kanta. Kesemuanya dianggar bernilai lebih RM26,500.

Dengan tumpasnya sindiket itu, polis percaya dapat menyelesaikan kesemua laporan kes ragut yang dibuat dalam tempoh kurang daripada 24 jam dan polis akan memanggil kesemua mangsa bagi proses pengecaman barangan mereka yang hilang.

Sementara itu, Ghazali berkata jenayah indeks di Perlis menunjukkan penurunan sebanyak 73 kes atau 23.3 peratus bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini sehingga 26 Mei lepas iaitu 244 kes berbanding 317 kes dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Sebanyak 42.62 peratus berjaya diselesaikan bagi tempoh lima bulan pertama ini, katanya.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 6.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM