Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lelaki Ditahan Miliki Dadah Dan Senjatapi

Diterbitkan: 13 Jun 2014 6.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun disyaki pengedar dadah dalam sebuah kereta Proton Waja di kawasan perindustrian Bt 14 Puchong dan menemui dua pucuk pistol berjenama Smith & Wesson dan Ba..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lelaki-ditahan-miliki-dadah-dan-senjatapi
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 18:22 MYT

KUALA LUMPUR, 28 Mei 2010 - Polis menahan seorang lelaki berusia 46 tahun disyaki pengedar dadah dalam sebuah kereta Proton Waja di kawasan perindustrian Bt 14 Puchong dekat sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Zainal Rashid Abu Bakar berkata hasil pemeriksaan dalam kereta itu, polis menemui dua paket kecil dadah jenis Syabu dan 20 biji pil Eramin 5 yang disembunyikan dalam sekeping sampul surat dengan anggaran nilai kurang RM1,000.

Sejurus penahanan pada 6.46 petang, polis kemudian membuat siasatan lanjut di rumah suspek di Bandar Putra Permai dan menemui dua pucuk pistol berjenama Smith & Wesson dan Baretta, katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang dekat sini, pada Jumaat.

"Kita turut menemui enam butir peluru hidup, sebilah kapak, parang dan dua bilah pisau Rambo dalam almari di bilik tidur lelaki terbabit," katanya.

Zainal Rashid berkata siasatan mendapati kereta yang dipandu suspek juga adalah kereta yang dilaporkan dicuri di Brickfields di sini, 16 Mei lepas.

"Suspek mempunyai lima rekod jenayah iaitu empat kes bersabit dadah dan satu kes bersabit memiliki senjata berbahaya.

"Kita percaya suspek terlibat dalam pengedaran dadah di sekitar Subang dan polis masih mengesan rakan-rakan suspek yang dipercayai terlibat dalam kegiatan ini," kata Zainal Rashid.

Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan direman selama empat hari berakhir 30 Mei ini.

Lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan Seksyen 8 Akta Senjata Api kerana memiliki senjata api.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 6.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM