Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Hartanah Tumpas

Published: 18 Jun 2014 1.44 AM Updated: 15 Aug 2026 7.40 PM
Shah Alam, 30 Sept – Menggunakan modus operandi menyamar sebagai ejen hartanah dan meminda tarikh cek menyebabkan dua lelaki ditahan di atas kesalahan menipu...
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-hartanah-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:37 MYT

Shah Alam, 30 Sept – Menggunakan modus operandi menyamar sebagai ejen hartanah dan meminda tarikh cek menyebabkan dua lelaki ditahan di atas kesalahan menipu.

Selain itu, suspek juga turut melantik seorang lagi rakan bagi menyamar sebagai pembeli atau penyewa untuk meyakinkan pemilik atau mangsa bahawa hartanah tersebut sudah mempunyai pembeli atau penyewa. Kedua-dua suspek tersebut ditahan di Jalan SS3/59 Taman Bahagia, Petaling Jaya, Selangor pada 27.09.2013.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Selangor, ACP Chong Mun Phing dalam sidang media sebentar tadi berkata kedua-dua suspek disyaki terlibat dalam kes penipuan sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Bagi sekitar Selangor sebanyak 18 kes penipuan di mana ia menggunakan modus operandi yang sama dan melibatkan kerugian sebanyak RM80,500.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada orang awam yang tampil memberi maklumat sehingga tertangkapnya suspek yang telibat dalam kes-kes penipuan. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Supek direman selama empat hari bermula pada 27.09.2013 (Jumaat) hingga 30.09.2013 (Isnin) dan akan disambung hari ini.

Sindiket Hartanah Tumpas
Sindiket Hartanah Tumpas

Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor
ArticlePublished 18 Jun 2014 1.44 AMUpdated 15 Aug 2026 7.40 PM