Pga Rampas 430 Kilogram Daun Ketum
Padang
Besar, 29 Sept - Sebanyak 430kg daun ketum yang cuba diseludup ke
Thailand dirampas Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam dua kes di Arau dan
Padang Besar semalam dan awal hari ini.
Ketua
Kompani A Batalion 3 PGA ASP Rosdi Ghani berkata dalam kes pertama
pukul 6 petang semalam, pasukan itu merampas 200kg daun ketum yang
ditemui di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara di Arau.
Dalam
kejadian itu, pihaknya yang melakukan rondaan mengesan kenderaan yang
mencurigakan itu sedang menghala arah sempadan dan semasa kereta itu
ditahan dua suspek di dalamnya berjaya melarikan diri.
Rosdi
berkata kes kedua pula berlaku pukul 1 pagi ini apabila PGA mengesan
seorang lelaki sedang memunggah daun ketum dari sebuah kenderaan di
Padang Besar.
Bagaimanapun suspek juga melarikan diri dan polis menemui 230kg daun ketum yang dipercayai akan diseludup ke Thailand.
Sumber : BERNAMA