Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Edar Dadah Antarabangsa Tumpas

Published: 13 Jun 2014 1.47 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Berjaya merampas dadah jenis heroin gred empat, seberat 16.5 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta, dipercayai dari Afghanistan dan dibawa masuk menerusi Pakistan ke negara ini melalui Lapanga..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-edar-dadah-antarabangsa-tumpas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:06 MYT

Shah Alam - 9 Jun – Polis menumpaskan satu rangkaian sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang menjadikan negara ini sebagai pusat transit, didalangi warga Afrika dan Pakistan berikutan tiga serbuan di sekitar ibu negara semalam yang membawa kepada penahanan enam suspek, termasuk seorang wanita.

Dalam serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dengan kerjasama Polis Selangor itu turut berjaya merampas dadah jenis heroin gred empat, seberat 16.5 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.3 juta, dipercayai dari Afghanistan dan dibawa masuk menerusi Pakistan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum diseludup keluar di percayai ke Australia.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, sindiket itu dipercayai mula beroperasi sejak awal tahun ini dengan mengedar dadah heroin berkualiti tinggi itu untuk pelanggannya.

Menurut beliau, kegiatan itu terbongkar apabila seorang pelajar lelaki warga Nigeria berusia 21 tahun ditahan di Bangunan Avenue K, Kuala Lumpur. “Polis menemui dua bungkusan plastik mengandungi serbuk dan ketulan disyaki dadah jenis heroin nombor 4 seberat dua kilogram dalam beg yang dibawa pelajar itu. Susulan daripada itu, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita warga Afrika berusia lingkungan 20 hingga 40-an tidak jauh dari lokasi tangkapan pertama,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini hari ini.

Berikutan penangkapan empat warga Afrika itu pihak Polis menahan dua lelaki warga Pakistan yang berusia 37 tahun di Jalan Ampang, semalam. Hasil soal siasat terhadap dua lelaki warga Pakistan itu, Polis dibawa ke rumah sewa mereka di Taman Industri Lembah Jaya, Ampang sebelum menemui 14.5 kilogram dadah jenis heroin nombor 4, beberapa telefon bimbit dan sejumlah wang tunai. Mengikut harga pasaran, setiap kilogram dadah itu bernilai RM80,000.

ACP Nordin Kadir berkata, heroin nombor 4 merupakan dadah gred tinggi yang tidak terdapat di Malaysia dan memiliki hampir 80 peratus keasliannya. “Polis percaya heroin ini dibawa masuk ke Malaysia untuk dibungkus semula sebelum diedar ke pasaran antarabangsa memandangkan gred dan harganya yang tinggi,” katanya.

Kesemua mereka yang ditahan kini direman sehingga 16 Jun ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

ArticlePublished 13 Jun 2014 1.47 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM