Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Suami Isteri Mengedar Dadah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketika serbuan dilakukan, pasangan tersebut sedang membungkus dadah dipercayai jenis heroin ke dalam paket kecil plastik lut sinar..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/suami-isteri-mengedar-dadah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:58 MYT

Gombak - 11 Jun 2009. Sepasang suami isteri, berumur 27 dan 24 tahun, bersatu hati melakukan kegiatan haram memasarkan dadah jenis heroin sejak tiga bulan lalu dengan memperolehi pendapatan hampir RM 2,400 sebulan berjaya diberkas oleh Polis di kediaman kakak kepada isteri yang tinggal bersamanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Rosly bin Hassan berkata, ketika serbuan dilakukan, pasangan tersebut sedang membungkus dadah dipercayai jenis heroin ke dalam paket kecil plastik lut sinar. Di sisi suspek juga terdapat dua bungkusan plastik yang di dalamnya mengandungi 200 dan 100 paket plastik lut sinar dadah yang siap dibungkus seberat 226 gram yang bernilai hampir RM 8,000.

Menurutnya lagi, pihak polis turut merampas beberapa paket plastik lut sinar yang masih belum digunakan, mesin pembungkus, alat penimbang dan tujuh buah telefon bimbit.

Dadah yang siap dibungkus itu adalah untuk pasaran di Langkap, Perak. Suspek mengedar dadah di kawasan tersebut sebanyak 3 kali sebulan dan memperolehi keuntungan RM 800 setiap kali menghantar bekalan tersebut.

Katanya lagi, suspek lelaki mempunyai satu rekod jenayh lampau di mana ia pernah dikenakan tindakan di bawah Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985. Kedua-dua suspek ditahan reman selama lima hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta dadah Berbahaya 1952

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM