Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sindiket Dadah Tumpas Rm6 Juta Dirampas

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.23 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang terlibat dalam pengedaran dan pemprosesan dadah di sebuah rumah di Country Heights di sini dan merampas dadah, sepucuk pistol, dua buah kereta dan pelb..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-tumpas-rm6-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 16:02 MYT

KUALA LUMPUR 2 Jun 2010 - Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang terlibat dalam pengedaran dan pemprosesan dadah di sebuah rumah di Country Heights di sini dan merampas dadah, sepucuk pistol, dua buah kereta dan pelbagai barangan lain bernilai RM6 juta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Shakaruddin bin Che Mood berkata, mereka ditahan dalam satu serbuan Ahad lepas.

Ekoran penahanan itu, polis menemui pelbagai barangan memproses dadah di sebuah rumah di Anggerik Villa di sini yang dijadikan makmal kecil oleh sindiket tersebut.

Katanya, ketiga-tiga mereka berumur dalam lingkungan 30-an, termasuk seorang yang mempunyai rekod jenayah dan dikehendaki bagi kes mendatangkan kecederaan mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan di Sitiawan, Perak, ditahan kira-kira pukul 11.30 malam oleh pasukan Bahagian Narkotik Kajang.

“Dalam pemeriksaan di rumah itu, polis berjaya merampas sejumlah 4.5 gram ketamine, 40 gram syabu dan sepucuk pistol jenama Walther,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, hasil soal siasat, ketiga-tiga suspek kemudiannya membawa polis ke sebuah apartment di Anggerik Villa yang dijadikan tempat memproses dadah.

“Polis merampas 12 kilogram (kg) dadah yang disyaki syabu, 12 kg ketamine dan 315 gram campuran serbuk serta pil Ecstacy dan 27kg bahan yang disyaki dadah lain.

Beliau berkata polis turut merampas kenderaan jenis Ford dan Toyota Alphard, kad kredit, buku simpanan bank, bahan kimia, komputer riba dan wang tunai RM2,200

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.23 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM