Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pgm Rampas Dvd Lucah

Diterbitkan: 13 Jun 2014 7.22 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 383 cakera padat video digital (DVD) lucah dan 334 botol minyak wangi dalam serbuan berasingan di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini malam semalam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pgm-rampas-dvd-lucah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 02:03 MYT

SANDAKAN 1 Jun  2010 - Pasukan Gerakan Marin (PGM) merampas 383 cakera padat video digital (DVD) lucah dan 334 botol minyak wangi dalam serbuan berasingan di Kampung Mangkalinau, Batu 3, di sini malam semalam.

Turut dirampas 36 ekor ayam sabung yang dibawa masuk secara haram dari negara jiran.

Pemangku Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Sandakan, Asisten Superintenden Awang Mat Yassin Awang Ahmad berkata, kesemua ayam itu diperoleh dalam serbuan di sebuah rumah di kampung berkenaan pada pukul 10.30 malam.

Katanya, ketika serbuan, terdapat dua lelaki di dalam rumah itu tetapi sejurus menyedari kehadiran polis, kedua-dua telah melarikan diri.

"Mereka meninggalkan beberapa kotak berisi ayam sabung," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah rumah berasingan, kita turut menemui 383 keping DVD lucah dan satu kotak berisi minyak wangi pelbagai jenama keluaran negara jiran.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal pihaknya percaya barang-barang yang dirampas berkenaan dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di daerah ini.

Dalam pada itu katanya, ayam sabung yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Haiwan Sandakan untuk disiasat di bawah Ordinan Haiwan.

Beliau berharap orang ramai terus memberi kerjasama dengan memberi maklumat kepada polis bagi membendung aktiviti penyeludupan di daerah ini.

"Kerjasama orang ramai amat penting bagi membanteras aktiviti penyeludupan dengan lebih berkesan," ujarnya.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 7.22 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM