Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Sindiket Dadah Antarabangsa Tumpas Di Tangan Polis

Published: 11 Jun 2014 1.55 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan kecekapan pegawai dan anggota JSJN Bukit Aman mengesan dan menu..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sindiket-dadah-antarabangsa-tumpas-di-tangan-polis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 17:53 MYT

Bukit Aman, 6 April 2011 - Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, YDH Datuk Noor Rashid bin Ibrahim mengucapkan tahniah di atas kejayaan dan kecekapan pegawai dan anggota JSJN Bukit Aman mengesan dan menumpaskan sindiket pengedaran dadah oleh warga Iran melalui sidang media yang diadakan tadi di Bukit Aman.


Daripada risikan dan siasatan yang dijalankan sejak sebulan lalu, pihak polis telah melancarkan satu operasi pada 5 April 2011 dan berjaya menahan lima lelaki dan empat wanita warga Iran berumur dalam lingkungan 25 - 38 tahun. Penahanan tersebut membawa kepada penemuan 71.4kg dadah jenis syabu bernilai RM 17.9 juta. Pihak polis turut merampas wang tunai (RM7.1 juta, USD 6,500 dan Iran Riyal 14 juta), lima buah kereta, 26 utas jam tangan dan 2 buah komputer riba.
 
Sindiket ini menjalankan aktiviti pengedaran dadah dengan menyewa kediaman atau kondo mewah bagi mengelakkan taktik mereka dikesan dan didapati turut membekalkan dadah untuk pasaran Indonesia, Jepun, Australia dan New Zealand.
 
Di akhir sidang media, YDH Datuk Noor Rashid menyeru semua pegawai dan anggota JSJN melipatgandakan lagi usaha bagi membanteras kegiatan sebegini secara habis-habisan.


 

Sindiket Dadah Antarabangsa Tumpas Di Tangan Polis
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman YDH Datuk Noor Rashid bersama hasil rampasan.

Sindiket Dadah Antarabangsa Tumpas Di Tangan Polis
Wang tunai hasil dari rampasan.

Sindiket Dadah Antarabangsa Tumpas Di Tangan Polis
YDH Datuk Noor Rashid (kanan) bersama YDH Dato' Othman menunjukkan hasil rampasan.

Wartawan   : Konst Raymond
Jurufoto     : L/Kpl Shareel
Penyunting : F29 Siti Fatimah binti Abdul Manan

ArticlePublished 11 Jun 2014 1.55 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM