Artikel
Kursus Penyembelihan Mengikut Syari At Islam Siri 1 2011 Peringkat Ipd Ampang Jaya
Objektif Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam ini adalah untuk mendedahkan peraturan Islam. Dalam penyembelihan binatang ternakan mengikut peraturan Is...
Selangor - 5 April 2011
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) IPD Ampang Jaya dengan kerjasama Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat, Selangor (PAID) telah berjaya mengadakan Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam Siri 1/2011.
Islam adalah agama rahmat-kasih sayang untuk seluruh manusia bahkan kepada haiwan. Objektif Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam ini adalah untuk mendedahkan peraturan Islam. Dalam penyembelihan binatang ternakan mengikut peraturan Islam adalah sangat baik untuk kesihatan, juga tidak menyebabkan kesakitan kepada haiwan seterusnya menunjukkan Islam amat mementingkan kebersihan. Pemilihan pemakanan yang halal penting dalam memastikan tahap kesihatan sentiasa berada di tahap yang memuaskan memperoleh tenaga yang secukupnya untuk beribadat.
Kursus pagi ini dihadiri seramai 40 orang perserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis, Anggota dan Kakitangan Awam IPD Ampang Jaya, Selangor. Kursus pagi ini memberi peluang kepada para peserta kursus untuk mempraktikkan cara-cara penyembelihan yang telah diajar secara amali. Sebanyak empat puluh ekor ayam dan dua ekor arnab telah disembelih dengan sempurna oleh para peserta kursus. Kursus Penyembelihan Mengikut Syari'at Islam berakhir jam 1.30 petang.

Ustaz Ahmad Safwan bin Nayan sedang memberikan taklimat dan menjawab pertanyaan para perserta

Teori penyembelihan... Menunjukkan cara-cara penggunaan dan jenis pisau yang sesuai untuk menyembelih haiwan

L/kpl Baharuddin bin Ruhani mempraktikkan teori yang telah dipelajari dilihat oleh Ustaz Ahmad
Wartawan/Foto : Cawangan Hal Ehwal Awam IPD Ampang Jaya, Selangor