Jenazah Perwira Negara Disemadikan Dengan Penuh Istiadat Setelah 61 Tahun Terkorban
Muar , 6 April 2011 - Upacara Istiadat Pengkebumian Jenazah PC 9634 Mohammed bin Abdul Jalil, anggota polis yang terkorban semasa nahas pesawat Dakota KN 630 dan Liberator KL 654 yang terhempas pada 25 Ogos 1950 di Gua Musang telah selamat disempurnakan di Masjid Kg. Bukit Treh, Muar hari ini.
Terdahulu,
di Hospital Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Tuanku Mizan, Wangsa Maju,
Kuala Lumpur, Majlis Serah Menyerah Jenayah Allahyarham telah diadakan
dan menyaksikan Superintendan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator
Muzium PDRM mewakili
Polis DiRaja Malaysia menerima jenazah berupa cebisan tulang Allahyarham
daripada Leftenan Kolonel Norhayati binti Mansor, Pengarah Muzium
Tentera Darat.
Keranda
Allahyarham yang ditutupi dengan Jalur Gemilang kemudiannya dibawa ke
Masjid Bukit Aman untuk penyempurnaan pengurusan fardhu kifayah oleh
Bahagian Agama dan Kaunseling (BAKA) Bukit Aman.
Selesai
disembahyangkan, jenazah Allahyarham diserahkan kepada BAKA yang telah
siap sedia dengan kenderaan pasukan dan diiringi oleh pegawai dan
anggota-anggota PDRM sehingga ke Masjid Kg. Bukit Treh, Muar.
Upacara
istiadat pengebumian dimulakan sesampainya di Masjid Kg. Bukit Treh,
Muar apabila keranda jenazah diturunkan dan diiringi oleh pasukan
pengusung seterusnya disembahyangkan dan diusung ke tanah perkuburan
Masjid Kg. Bukit Treh.
Tertib upacara
pengebumian diteruskan istiadat melipat bendera Jalur Gemilang untuk
diserahkan kepada YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua
Polis Johor untuk diserahkan kepada waris keluarga Allahyarham.
Selesai
penyempurnaan pengkebumian jenazah Allahyarham, pihak Imam Masjid Treh
bersama BAKA Bukit Aman mengadakan bacaan di masjid dan istiadat upacara
pada hari ini ditutupi dengan majlis penyerahan wang sumbangan daripada
Tabung Kebajikan PDRM dan wang bantuan pengkebumian kepada waris
Allahyarham.
Mengimbas kembali tragedi yang meragut nyawa Allahyarham, pada 25 Ogos 1950, pesawat Douglas C47 B 35 DK Dakota C4, nombor pendaftaran KN630 dari No 52 Skuadron di Changi Singapura telah melaksanakan operasi penguguran 'smoke marker' bagi tanda panduan kepada pesawat Lincoln Bomber mengebom lokasi pengganas komunis di kawasan Gua Musang.
Penguguran kali kedua 'smoke marker' telah
gagal dilakukan walaupun cuaca ketika itu adalah baik dan kegagalan
enjin punca pesawat tersebut terhempas di kawasan berbukit Lembah Sungai
Beluar.
Pada 3
September 1950, Pasukan Pencari dan Penyiasat (TPP) gabungan pasukan
tentera dan polis diketuai oleh Capt. Livermore telah berjaya mengesan
lokasi kejadian dan mengesahkan kesemua krew dan penumpang terkorban.
Di
atas faktor ancaman komunis, TPP telah menanam 12 mayat berhampiran
rangka pesawat pada kedalaman 4 kaki sehinggalah pada awal 2008, waris
Allahyarham PC 9634 Mohammed telah mengemukakan permohonan mencari
melalui Pejabat Pertahanan Malaysia di London.
Satu pasukan pencari dari Markas 8 Briged ATM telah berjaya mengesan lokasi pesawat dan kubur krew pada Jun 2008.
Hasil
penemuan tersebut, Y.Bhg Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri
Muhammad Ismail bin Hj Jamaluddin telah mengutus surat kepada Jen. Sir
Richard Dannat, Chief Of General Staff menyataan kesediaan TDM untuk
memberi kerjasama kepada kerajaan British.
Sebanyak
2 siri tinjauan telah dilaksanakan oleh pihak Muzium Tentera Darat
iaitu pada 15 hingga 19 September 2008 bersama Pasukan 8 Briged dan 15
hingga 19 Oktober 2008 bersama wakil Polis DiRaja Malaysia Bukit Aman
dan Muzium PDRM.
Pada tinjauan kedua, Pihak Muzium Tentera Darat telah melakukan kerja-kerja site cleaning menggunakan peralatan geoelectromagnetic surveyer bertujuan mengesan kewujudan sebarang rangka manusia.
2
hingga 12 November 2008, terlaksananya Ekspedisi Garis Waktu di kawasan
Gua Musang Kelantan dengan kerjasama daripada gabungan kepakaran
pelbagai formasi PDRM, TDM, wakil kerajaan British, Universiti Sains
Malaysia (USM), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), Jabatan Perhutanan
serta NGO bertujuan membawa keluar rangka manusia serta beberapa
peralatan penting pesawat dari lokasi tragedi tersebut.
Kronologi peristiwa...Garis
Waktu Dakota KN630 bertarikh 14 November 2008 di ruangan Berita Semasa
(/defaultbase.cfm

Antara
yang hadir di Majlis Penyerahan Cebisan Tulang Allahyarham PC 9364
Mohammed bin Abdul Lalil@Jalil di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan
Menandatangani Sijil Penyerahan antara Superintendan Syed Zainal Abidin bin Syed Zin, Kurator Muzium PDRM dan Leftenan Kolonel Norhayati binti Mansor, Pengarah
Muzium Tentera Darat
Penyerahan cebisan tulang Allahyarham PC 9364 Mohammed bin Jalil antara Muzium Tentera Darat dan Muzium Polis Diraja Malaysia
Al-Fatihah...sebelum beredar ke Masjid Bukit Aman
Setelah siap dimandikan serta dikapan di Masjid Bukit Aman...
Sembahyang jenazah di Masjid Bukit Aman...
tengah...waris terdekat Allahyarham, Hj. Hamdan bin Abdul Jalil
Sidang Akhbar...YDH CP Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah bersama YDH SAC Dato' Dr. Hashim bin Haron, Timbalan Pengarah Pengurusan (Agama dan Kaunseling) dan Hj. Hamdan bin Abdul Jalil
Penyerahan keranda jenazah di perkarangan Masjid Bukit Aman untuk di bawa ke Masjid Kg Bukit Treh, Muar, Johor
Sembahyang jenazah di Masjid Kg Bukit Treh, selepas Solat Zohor.
Warga PDRM bersama penduduk kampong semasa sembahyang jenazah...
Penuh istiadat, dibawa ke tanah perkuboran Masjid Kg. Bukit Treh
Jalur
Gemilang yang menutupi keranda jenazah dilipat untuk diserahkan kepada
YDH DCP Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor untuk
diserahkan kepada waris keluarga Allahyarham.
YDH DCP
Dato' Mohd Mokhtar bin Mohd Shariff, Ketua Polis Johor menyerahkan
Jalur Gemilang kepada waris keluarga Allahyarham, Haji Hamdan bin Abd
Jalil
Antara waris-waris Allahyarham yang hadir...
Gambar sekitar majlis perkebumian
Allahyarham PC 9364 Mohammed bin Abdul Lalil@Jalil
Bangkai pesawat Dakota KN 630 yang terhempas pada 25 Ogos 1950 yang meragut 12 nyawa
Wartawan : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : Insp Md Aruwan bin Md Amilah