Bukit
Aman - 22 Februari 2010. Sidang Media Laporan Ops Sikap XXI (21)
Perayaan Tahun Baru Cina 2010 yang bermula 07/02/2010 hingga 21/02/2010
telah disampaikan oleh YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik
Pasukan di Bilik Mesyuarat, Cawangan Trafik Bukit Aman pada petang ini.
Sepanjang
15 hari Ops Sikap XXI dijalankan, jumlah kemalangan maut ialah 179
berbanding 198 pada Ops Sikap XIX, menunjukkan penurunan sebanyak 19.
Ini menunjukkan penurunan yang agak baik kerana pada tahun 2009,
sejumlah 17,733,084 buah kenderaan telah didaftarkan di Jabatan
Pengangkutan Jalanraya sementara bagi tahun 2010, sejumlah 19,016, 782
buah kenderaan telah didaftar.
Jumlah
kematian juga menunjukkan penurunan di mana pada Ops Sikap XXI,
sejumlah 201 orang telah terkprban berbanding 212 pada Ops Sikap XIX.
Jumlah kematian menunjukkan penurunan seramai 11 orang iaitu turun 5.2%.
Buat
pertama kalinya, penunggang dan pembonceng motosikal yang terlibat di
dalam kematian juga menurun sebanyak 31 orang, iaitu 152 orang pada Ops
Sikap XIX 2009 dan 121 orang pada Ops Sikap XXI 2010. Walaubagaimanapun,
jumlah kematian yang melibatkan pemandu dan penumpang motokar telah
meningkat kepada seramai 19 orang, dari 29 orang (Ops Sikap XIX) kepada
48 orang (Ops Sikap XXI).
Dari
kajian yang telah dijalankan, punca kemalangan maut ialah cuai ketika
keluar/masuk simpang jalan susur, melawan aliran trafik dan juga membuat
pusingan 'U", patah balik dan juga menyeberang.
Sementara
itu, di Jalan Persekutuan telah membabitkan sebanyak 61 kemalangan maut
yang menyebabkan 70 kematian, Lebuhraya melibatkan 26 kemalangan maut
dengan 32 kematian.
Negeri
Pulau Pinang telah menunjukkan peningkatan sebanyak 5 kemalangan maut
yang menyebabkan 12 kematian, meningkat 140%, berbanding 6 kemalangan
maut pada Ops Sikap XIX 2009 dan 11 kemalangan maut pada Ops Sikap XXI
2010. Negeri Sembilan juga menunjukkan peningkatan, 8 kemalangan maut
pada Ops Sikap XIX 2009 dan 14 kemalangan maut pada Ops Sikap XXI 2010,
melibatkan 8 kematian (Ops Sikap XIX) dan 19 kematian (Ops Sikap XXI),
peningkatan 137.5%. Negeri Melaka meningkat 200% jumlah kematian dari 2
orang (Ops Sikap XIX) kepada 6 orang (Ops Sikap XXI), meningkat kepada 4
orang.
Sepanjang
Ops Sikap XXI Tahun Baru Cina 2010, sejumlah 60,427 Saman POL 257 telah
dikeluarkan, 99,715 Saman POL 170A dikeluarkan dengan jumlah
keseluruhan 160,142 saman. Ianya menunjukkan peningkatan sebanyak 17,780
saman dari 142,362 saman yang dikelurkan pada Ops Sikap XIX Tahun Baru
Cina 2009.

Tengah...YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan bersama pegawai-pegawai Traik semasa Sidang Media

dari
kiri, YDH Superintenden Hamzah bin Ahmad, Pegawai Turus Penguatkuasaan
Trafik, Bukit Aman dan YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik
Pasukan menunjukkan carta perbandingan Ops Sikap XXI Tahun Baru Cina
2010 kepada wartawan-wartawan yang hadir membuat liputan.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Sidang Media Laporan Ops Sikap Xxi 21
Buat pertama kalinya, penunggang dan pembonceng motosikal yang terlibat di dalam kematian juga menurun sebanyak 31 orang, iaitu 152 orang pada Ops Sikap XIX 2009 dan 121 orang pada Ops Sikap XXI 2010..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sidang-media-laporan-ops-sikap-xxi-21
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.