Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010

Diterbitkan: 10 Jun 2014 1.57 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 152 orang pegawai dan anggota yang dipilih khas dan dibentuk, terdiri dari Cawangan Trafik Bukit Aman, Cawangan Trafik Kontinjen, Unit Udara, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Tugas Am...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/penugasan-pdrm-sempena-le-tour-de-langkawi-2010
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 22:43 MYT

Kota Bharu - 28 Februari 2010. Le Tour de Langkawi 2010 (LTdL 2010) yang memasuki edisi ke 15 akan memulakan cabarannya pada 1 hingga 7 Mac 2010.

Negeri Kelantan yang terkenal dengan jolokan 'Serambi Mekah' telah diberi penghormatan untuk memulakan cabaran sejauh 1,013.9 km, bermula dari Istana Balai Besar, Kota Bharu pada 1 Mac dan tamat pada 7 Mac 2010 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia yang telah sinonim dengan pelaksanaan tugas mengawal kelicinan perjalanan perlumbaan dan ekspedisi di jalanraya negara, telah diberikan kepercayaan sekali lagi untuk melaksanakan tugas memastikan kawalan lalulintas dan keselamatan pelumba Le Tour de Langkawi 2010.

Seramai 152 orang pegawai dan anggota yang dipilih khas dan dibentuk, terdiri dari Cawangan Trafik Bukit Aman, Cawangan Trafik Kontinjen, Unit Udara, Pasukan Simpanan Persekutuan dan Tugas Am.

Kesemua unit ini digabungkan dan diketuai oleh YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan selaku Pegawai Pemerintah dan dibantu oleh SUPT. Hamzah bin Ahmad, Penolong Pegawai Pemerintah dan Pegawai Medan pula ialah ASP Md. Dali bin Wahid.

Cawangan Trafik memulakan penugasan pada 24 Februari 2010, di mana pegawai dan anggota melaporkan diri pada jam 8.00 pagi di Pejabat Lebuhraya Trafik Bukit Aman di Plaza Tol Rawang. Di sini, semua pegawai dan anggota memulakan penugasan dengan membuat pemeriksaan dan menyelenggara kenderaan yang terlibat, iaitu 5 buah MPV dari pihak penganjur (Command Car), 2 Proton Pesona (Calvacade), I Mitsubishi Pajero, 2 Van dan 69 buah motosikal (Honda ST 1300/VFR 800 cc) dan juga pembahagian peralatan.

Seawal jam 7.00 pagi, 25 Februari 2010, konvoi Cawangan Trafik telah memulakan perjalanan dari Rawang ke Kota Bharu, sejauh 550 kilometer dan sampai di hotel penginapan pada jam 4.00 petang.

Di sini, bermula 25 hingga 28 Mac 2010, beberapa penugasan telah di bahagikan seperti memasang set 'walkie talkie', menyelenggara dan membuat persediaan peralatan / kenderaan untuk penugasan, kelas taklimat perlumbaan dan juga pembelajaran tugas eskot (Konvoi Perlumbaan / Cavalcade) dan juga mengendalikan bendera dan wisel.

YDH SAC II Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan dan diiringi Supt. Hamzah bin Ahmad, Pegawai Turus Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman telah hadir di majlis jamuan makan malam di Sutera Inn Prima pada 28 Februari 2010, untuk memberi kata-kata perangsang dan semangat kepada semua petugas yang terlibat di dalam Le Tour de Langkawi 2010, terdiri dari Konvoi Perlumbaan (Race Escort), Konvoi Cavalcade (Cavalcade Escort), Pasukan Keselamatan (Police Security) dan juga Unit Udara PDRM (Police Air Wing )

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Cawangan Komunikasi membuat pemeriksaan set walkie talkie ...

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Memasang set 'Braket' untuk meletak bendera

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Mengagihkan peralatan dan pakaian untuk Le Tour de Langkawi 2010

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Supt. Hamzah bin Ahmad, Pegawai Turus Penguatkuasaan Trafik memberi kata perangsang kepada semua anggota sebelum bergerak ke  Kota Bharu

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Nyayian lagu 'Sedia Berkhidmat' dan 'NegaraKu'

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
kiri..ASP Md. Dali bin Wahid, Pegawai Medan bersama pegawai-pegawai, mengaminkan doa sebelum bergerak ke Kota Bahru.

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Mengisi minyak kenderaan di Stesyen Petronas Simpang Pulai

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Sarapan pagi di Warong Aliran Mentari, Simpang Pulai

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Supt. Saiful Bahari bin Abdullah, Ketua Polis Gua Musang menyambut ketibaan konvoi di Ibu Pejabat Polis Gua Musang

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Isi minyak di Stesyen Minyak Petronas Gua Musang sebelum meneruskan perjalanan ke Kota Bharu

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Konvoi Cawangan Trafik di ketuai oleh Command 1

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Kelas penugasan tugas eskot di kendalikan oleh Sub Inspektor Alias bin Mat dan penyelia-penyelia serta pegawai-pegawai Trafik yang berpengalaman 14 tahun mengendalikan Le Tour de Langkawi

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Antara anggota yang terlibat di dalam penugasan Le Tour de Langkawi 2010

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Bendera-bendera yang akan digunakan untuk Le Tour de Langkawi 2010

Penugasan Pdrm Sempena Le Tour De Langkawi 2010
Pegawai dan anggota Cawangan Trafik yang terlibat untuk acara Le Tour de Langkawi 2010 yang akan bermula pada 1 hingga 7 Mac 2010

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 1.57 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM